‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’

Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Monday, October 17, 2011

sayang.. bahagiakah kita?



Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” 
(Surah al-Ra’d 13: 28)


Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.

”Bang, bahagiakah kita?”

Masih terngiang-ngiang pertanyaannya lewat bual kami menjelang tidur.

”Bahagia itu di mana?” tanya saya semula.

Dia diam. Matanya redup bagai kerlipan lampu kamar tidur kami.

“Terlalu banyak yang kita telah lalui bersama. Tak sedar dah lebih 20 tahun kita bersama,” kata saya.

Pertanyaannya terus ternganga. Saya pasti dia tidak memerlukan jawapan. Kekadang, soalan dan luahan… sukar dibezakan.

Dalam suram wajahnya saya renung. Mata kami bertembung. Tidak ada bicara, namun rasa dalam rentetan pelbagai peristiwa begitu laju menerpa. Satu demi satu. Masih harum rasanya kenangan malam itu. Waktu kali pertama tangan kami bersatu. Jari-jarinya berinai merah. Seri wajahnya seakan purnama menghiasi kamar pengantin. Tapi sekarang… jari-jari itu tidak sehalus dan semulus dulu. Telah banyak diguris kesusahan, sudah sering diguris keperitan. Pun seri wajahnya, retak juga dipagut usia.

Masih saya ingat kata-kata malam pertama kami…

”Apa perasaan mu?”

Dia senyum.

”Saya bahagia.”

”Hari ni boleh jadi bahagia… tapi insya-Allah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. Berdoalah, seperti mana muqaddimahnya, begitulah nanti natijahnya….” kata saya seakan berbisik. Senyum kami menguntum. Oh, alangkah indahnya ketenangan yang dia berikan. Tetapi akhirnya ’mentari’ kehidupan pun menyala petanda ’bulan’ bermadu telah berakhir. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.

Dan hari demi hari terus berlalu. Musim pantas mencantas waktu bagai embun dijilat surya. Putera dan puteri kami menyusul seorang demi seorang. Tribulasi datang dan pergi. Berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Roda kehidupan berputar laju. Kekadang di atas, sering juga di bawah. Ada ketikanya, senyum, suka dan ceria. Acapkali juga ada muram, duka dan air mata. Anehnya, dia terus bersama saya. Kadang tegurannya tajam, menikam… saya pedih. Namun, jauh di sudut hati, terbujuk juga – itu kerana sayang. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan… mujur hati sering diingatkan – dia adalah ’hadiah’ Tuhan untuk saya. Masakan hadiah lebih besar daripada Pemberinya?

Kekadang kolek rumah-tangga gegar dipukul gelombang. Untunglah, kesabaran masih mampu bertahan… pelayaranpun diteruskan.

”Bahagiakah kita?”

Soalan itu kembali mengusik rasa.

”Di mana bahagia itu?”

”Di hujung atau di pangkalnya?”

Lalu saya temukan jawapannya…

”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan.”

”Bahagia itu apa?”

Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan rasa. Mampukah?

”Bahagia itu ketenangan!” kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.

”Ketenangan itu apa?”

”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.”

”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”

”Ingat Allah… hati akan menjadi tenang.”

Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama… terburai semuanya di malam ini – ditusuk sebuah pertanyaan: ’Bang, bahagiakah kita?”

”Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”

”Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”

”Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?”

”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?”

”Kenapa?”

”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…”

”Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam.”

Malam kian larut di kolam buana. Mata saya kembali merenung wajah isteri. Dia yang tidak pernah meninggalkan saya ketika apapun jua. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Bagi saya itulah ketenangan yang dihadiahkannya… Walaupun mungkin itu hanya serpihan dari hakikat ketenangan yang hakiki. Namun itupun sudah memadai. Monolog hati saya terus bergema:

”Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek… entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA – Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa… musnahlah kita.”

Lalu dalam suram kamar yang sederhana… saya sentuh tangannya. Walaupun tidak halus dan mulus seperti dulu, tapi sentuhan itu membelai hati saya. Kali ini bukan rasa tahap rendah yang membara. Tapi rasa tahap tinggi yang menyala-nyala. Isteriku… kita bahagia!

Perlahan-lahan, saya bangun, bergerak ke meja tulis. Sebuah sajak yang saya hasilkan sewaktu berjauhan dahulu saya keluarkan dari lipatan buku catatan peribadi. Terasa kesal juga tidak kirimkan kepadanya. Akibatnya, sajak ”Jauh itu dekat” tidak pernah dibacanya. Saya baca kembali baitnya satu persatu:

Kembali kita berjauhan…

salam terpisah, senyum tertahan

rindu berbuah, sayang merendang

jauh-jauh begini…

menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu

setiamu selimut dingin hujanku

arca bayang-bayang malam

sinar remang-remang siang

melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah

kian terlarut keruhan rasa

terimbau semula nostalgia lama

jari-jari merahmu…

di malam pertama

Sayang… Jauh itu DEKAT!



cilok idea dari cni

Friday, October 7, 2011

eh

mengantuk nya saya......................



ingt nie fb ker nk kne wat status?

Monday, September 26, 2011

meh kita istiqomah 7 sunnah Rasullullah ini

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
 

Wednesday, September 7, 2011

ehmmmmm




aku tidak seperti hari itu






tapi aku tidak mahu kembali seperti dulu






Ya Allah... pandang lah aku kembali







pilih lah aku






kutip lah aku kembali





Tuesday, September 6, 2011

sELaMaTs

entry kumpul banyak-banyak. jgn marah derrrrr




sELaMaT bELaTed HaRi RaYa




sELamAt BermaaF-maaFan







sELaMat ganTi PuaSa




SeLamaT bERpUaSa EnaM




SeLamaT BerKahwin




SeLaMat bErTuNanG





SelamAt menGHadiRi Majlis Kawen







seLamaT mengHaDiri Majlis bertunanG






SeLamaT menHaDiRi Rumah TerBuKa







SelaMat bUat Rumah TerbuKa







sELaMat bEKeRja kEmBaLi






SeLamAt JaGa AmaL





mOga SeLamAt dARi API NERAKA





teeettt










teettt











teettt








teeettt











teeetttt











teeetttt









teetttt







Monday, August 15, 2011

wordless sunday


                                                                                                                                                            


                                                                                                                                                         
ewwaaaahhh!




ader student saya pakai niqab dtg kolej. berani jugak budak tu.

den nie pon xberani lg..

kool kan?

moga die istiqamah.

cepat amin kn! =)

Friday, August 5, 2011

Teka-teki IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
>lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :
>Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di
>dunia ini ?"
>Murid 1 = " Orang tua "
>Murid 2 = " Guru "
>Murid 3 = " Teman "
>Murid 4 = " Kaum kerabat "
>Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan
>kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa
pasti
>akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

>Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
>Murid 1 = " Negeri Cina "
>Murid 2 = " Bulan "
>Murid 3 = " Matahari "
>Murid 4 = " Bintang-bintang "
>Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
>adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap
kita
>tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
>menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
>perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

>Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
>Murid 1 = " Gunung "
>Murid 2 = " Matahari "
>Murid 3 = " Bumi "
>Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali
adalah
>HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan
nafsu
>kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

>Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "
>Murid 1 = " Baja "
>Murid 2 = " Besi "
>Murid 3 = " Gajah "
>Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG
>AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
>malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi
khalifah
>(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-
rebut
>menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke
neraka
>kerana gagal memegang amanah."

>Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
>Murid 1 = " Kapas"
>Murid 2 = " Angin "
>Murid 3 = " Debu "
>Murid 4 = " Daun-daun"
>Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling
ringan
>sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan
kita
>atau
>urusan dunia, kita tinggalkan solat "

>Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
>Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
>Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia
ini
>adalah
>LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
>
>menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

Tuesday, July 26, 2011

kayu sugi punya rahsia. saintifik punya

 Assalamualaikum....
 
berjalan2 d blog jumpa artikel nie lak. sje jer nk share.. meh baca meh. ini punya artikel cilok dari cni
 
 
Semakin berkembang ilmu sains, maka semakin banyak lagi rahsia-rahsia, misteri dan amalan tradisional suatu ketika dahulu terbongkar. Penemuan rahsia gelombang elektromagnetik pada kayu sugi adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan para saintis.
Panel Pembumi

Dalam tubuh badan manusia terdapat pengaliran caj yang berperanan memastikan sel-sel tubuh terus bertenaga dan menjalankan fungsi seperti normal. Secara umumnya kaum lelaki dewasa mempunyai caj elektron dominan. Manakala kaum wanita dan kanak-kanak mempunyai caj proton dominan. Antara kedua-dua jenis caj ini, elektron yang penting kerana ia mempertenagakan sel.

Elektron ini sentiasa digunakan dan akibatnya akan hadir caj proton. Caj proton yang berlebihan ini perlu dialirkan keluar supaya elektron dapat diperbaharui.

Pengaliran proton keluar perlu melalui panel khas yang digelar “panel pembumi”. Pada tubuh terdapat dua bahan organik yang berfungsi sebagai panel peneutral kehadiran proton berlebihan pada tubuh iaitu rambut (bulu roma), gigi, kuku dan kulit mati (atau mana-mana organik binaan mineral yang menganjur keluar dari tubuh).

Pencemaran Panel
Sebagai Panel Pembumi, ia sentiasa akan menampung kehadiran caj proton. Oleh itu ia sangat berpotensi untuk tercemar. Pada peringkat pencemaran yang rendah, ia boleh dibersihkan melalui cara dibasuh menggunaan air mutlak dengan kerap.

Kawasan yang perlu dibersihkan ialah wajah (bulu roma terdapat banyak di wajah), kepala, anggota tangan dan kaki.
Panel Pembumi ini tidak dapat dibersihkan dengan air sekiranya kandungan sel mati terlalu tinggi (atau panjang). Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil
1. Kuku panjang perlu dibuang. Menyimpan kuku panjang akan menyebabkan caj protein lebih kerap mencemarinya.
2. Rambut yang panjang perlu dilindungi daripada terdedah kepada atmosfera luar rumah supaya tidak mudah tercemar dengan caj proton berlebihan. Memakai tudung akabila keluar rumah bukan sekadar menutup aurat terhadap orang bukan muhrim tetapi mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
3. Mandi perlu kerap setiap hari supaya sel kulit mati dapat disingkirkan. Hubungan intim antara suami isteri akan meneutralkan caj elektron dan menjadikan potensi untuk dicemari caj proton lebih tinggi. Oleh itu, mandi junub selain untuk tujuan bersuci dari hadas, ia juga mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
Gigi tidak memanjang atau menghasilkan sel mati, sebaliknya ia menghasilkan mineral kalsium semulajadi tubuh. Oleh itu, pencemaran yang berlaku di gigi akan menyebabkan gigi memendam caj proton.

Kesan pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.

Mudarat Burus Gigi Linen
Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.
Malah berus itu sendiri sebenarnya penuh dengan bakteria dan boleh memudaratkan gigi.
Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
Lipas amat menyukai berus gigi. Mereka suka “membersihkan” berus gigi anda setiap malam.
Sekiranya anda boleh menukar berus gigi setiap bulan atau merawat berus gigi setiap kali digunakan, maka berus itu selamat digunakan.

Aliran Elektrostatik
Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.
Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya. Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron
Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.
Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.


Teknik Menggosok (Bersiwak)
Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.
Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

Kesimpulan Manfaat Bersugi
1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

Monday, July 18, 2011

jalan-jalan jengka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

ape kaba sanak saudara adik kakak sekalian..

maap la lame tak update blog..

sibuk ngn kerja dunia la pulak kebelakangan ni.. tambahan pula tak der benda menarik nk cter..

post ni pon tak der la menarik sangat.. tapi sje jer nk share..

minggu lepas alhmdullilah Allah dah sampaikan saya ke jengka.. iaitu kg housemate saya.. kt jengka 12.

g jalan-jalan kt temerloh, g pasar panas kt jengka, g try baju pengantin kt bandar temerloh.. pastu g mane lagi eh? banyak nyer g try baju pengantin r..

pastu ader kenduri kesyukuran kt depan umah macik tu.. kami pon layan la..hee...

tak nak cter panjang.. kte layan gambar jer eh?

ktorang blajar masak gulai tempoyak ikan patin





rezeki Allah bagi







makan durian sampai mulut bau busuk







kolam anak2 ikan





ikan yang besar






banyak pulak Allah bagi buah kt pokok nie kn?




jalan-jalan kt dusun jmpa 2 bijik durian




ikan yang jinak







bila kita datang kt diorag, suma datang ke tepi





kobis pon ader d tanam juga








ni salad













ciku pon ader!






ni yang paling best. MASAK LEMAK KANCIL! 1st tym makan. pacik tu masuk hutan semata-mata nak ikram kami.








Allah bagi durian ni sangat sedap. nyum2










rumah yg kami duduki











gulai tempoyak udang kt kenduri





ulam masak budu, kari ikan merah kt kenduri. sume sedap!






jalan-jalan keliling kampung







gulai tempoyak temerloh. RM 10 semangkuk. erk!












hamster pon g jalan2










kt kampung nie banyak buah mata kucing. kucing pon tak banyak nie



okey.... sampai d sini saja yer..

nnti klu g jalan-jalan lagi atau ader bnda best insyaallah saya share lagi..

njoy yer =)

Tuesday, June 28, 2011

pqa dah kawen!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

dengan taufiq dan keizinan Nya, Allah telah bagi saya kesempatan masa ini utk mengupdate blog yg telah lama bersawang d hurung anai-anai ini.
bercinta sampai syurga

minggu lepas iaitu hari jumaat saya telah bermusafir ke key el dengan niat untuk menghadiri walimah seorang rakan blogger iaitu pqa yang berlangsung pada hari sabtu 24hb June 2011.

saya pergi bersama ayu dan seorang lagi kawan bernama af. 

ktorang sampai awal kt sana. dalam kad undangan majlis stat pkl 12. tapi kami sampai kt sana pukul 11 lg. walimah pqa nie wat kat masjid. simple jer.. tapi best. bleh jd sumber inspirasi nh.hee..

masa sampai kt sana, pqa dan dok kt meja makan beradab dah. maksudnyer dah jadi isteri org la tu.. hee.. menurut pqa, lps 3kali lafaz status nyer telah berubah. mudahkan islam nie.. kita jer yg wat payah2...


lepas ktorang sampai mak pqa datang entertain. peramah btol mak die. n mak pqa penah bc blog saya!hee.. tenkiu makcik.. terkezut saya.. moden gak mak pqa nh.hehe.. seronok borak ngn makcik. mcm2 macik cter..  macik nie muda.. nmpak muda.. ceria jer muka die.. even she is mom for 13 children! serious.. sume terkejut bila die cakap adik beradik pqa ader 13.haha..ingtk pqa anak bongsu.hee...

lepas makan, cik pengntin yg comel lotey datang kt ktorg..  1st tym jmper pqa tp rse cm dekat jer.. mcm rapat jer.. pqa nie best. lemah lembut jer org nyer.. hee.. terlepas nk wat menantu.keh3..


borak2 ngn pqa then amik-amik gmba..tapi xsmpt nk amk byk2.. cik pengntin bz.. yg paling kelakar pqa dok risau niqab puteh die tu kne lipstik sape nth yg penyayang sgt tingglkn jejak tu.hehe... tp ok jer la dear.. tak kacau pon kecomelan u..

adam & ahlia adam



lepas dah amik gmbr dan bermuah-muah ngn pqa dan mak nya ktorang pon balik...

kepada puan pqa... tak sabaq cek nak baca entry terbaru pasai perasaan anda lepas dh selesai satu bnda besar dalam idop nh. (^_^)

seLamaT PenGantin Baru pqa.. =)

hari masih siang.. waktu masih banyak.. kemanakah destinasi seterusnya....? jeng jeng jeng..

kitorang g MARKAZ SRI PETALING!!
hahha.. takder kje kan? sje jer nak tgk cik abe cik abe karkun wat aper kt markaz tu.haha.. gatal la plk.

puas la jgk nk mncari markaz ni kt mana dari gombak tu.. bape byk tol nth lalu.. last2 Allah sampaikan jugak ktorang kt sana.. 

sama jer sane af dengan konfiden nyer srh naik atas. bila naik ngn kete. sume laki! alamak. so ktorang cepat2 turun.hahah.. nasib baik naik ngn kete. klu x.. malu bertambah-tambah la..haha..

pastu parking kt bawak, ader cm tmpt parking.. dok ctu jp pk nk wat aper.. dok usha2 tmpt smyg muslimat. tak jmpe la plk.. sambil tu dok bayangkn cmne la mse tym ijtimak or jorr.. org yg berjuta-juta lemon datang.. muat ke tmpt nie? Allah hebat

pastu ktorang amk keputusan nak smyg kt tmpt lain.. tp mase nk kuar ader nmpk gerai sebelah atm bank rakyat jual purdah n baju2.. haish, pompuan nie pntang nmpak kedai baju.haha.. then ktorg pon benti la ctu jp. konon nyer nk tgk2 jer.. pastu tnye la pacik kdai tu kt mne surau pompuan. die pon tnjuk la.. rupanya-rupanya kt atas bukit td.. adeh, kne naik bukit tu lagi ker..?

malu sangat-sangat-sangat 3 dara nh.haha.. nak datang sgt. bygkn lah.. kt ctu ader sorg pompuan jer. iaitu macik jual nasik. yg lain sume laki berjmbang, berjanggut dan berserban serta berkopiah.huhuhhu.. mau nyer tak tebal muka nie.. kuang3.. cari nahas tol budak 3 org nh.haha.. lps dok kt kdai pacik tu n dgr die zihin serta keterujaan die dgn org yg berpurdah tapi bukan dari madrasah ktorang pon g la smyg.... kne naik lagi kt bukit tadi.. adeh.. tunduuuukkkkkk... jgn tak tunduuuukkkk...hahaha...
tempat smayang pompuan

gambar curi tmpt smyg lelaki
dah smyg tu g kedai buku kt depan tu.. beli ape yg patut.. kt ctu ader jual kelambu n barang-barang utk khuruj. kelambu tu mcm utk baby lak.keh3... 

ingt kn nak iktikaf tunggu malam markaz.. tapi takot tak leh balik la. haha.. poyo jer ayat. 

lepas tu g makan laksa kt kajang.. niqab saya bau belacan dan ikan! 'wangi nyer'

malam---- > balik ke Pekan...

rase cuti minggu nie lame lak..


sorang dh sampi syurga dunia.. yang lain bila lagi? 
(statement utk org bujang sahaja. sekian)

Sunday, May 29, 2011

sila kuat



tiap kali dengar cerita orang...

cerita pasal mudah nya Allah aturkan untuk diorang mmbuatkan hati ini menjadi sangat jeles..

jeles dengan nikmat yang diorang miliki..

jeles dengan kelancaran hidup diorang

jeles dengan iman yang sentiasa ada dalam hati diorang

kadang-kadang terpikir jugak " kenapa hidup aku tak semudah diorang dapat itu dan ini dengan senang, tanpa perlu merancang dengan banyak"

dan kadang-kadang terpikir jugak

 "mungkin sebab amalan aku masing kurang, hati aku masih kureng bersih, dan iman aku masih d takuk yang lama, tidak mampu untuk menekan nafsu, tidak terdaya untuk menahan godaan syaitan.."

aku ingin kan itu dan ini, ingin kan begitu dan begini.. tapi aku tak buat apa yang sepatutnya..
Allah.. susah juga nak ada dalam perhatian Allah.. nak ada dalam kasih sayang Allah... nak jadi hamba yang terbaik untuk Allah dan jadi ummat terbaik utk Nabi Muhammad S.a.W..

kadang-kadang aku menjadi lemah.. kadang-kadang aku menjadi tidak redha.. tapi aku tidak boleh berkeadaan demikian.. kufur nikmat namanya..

mungkin kita tengok hidup orang lain senang... tapi kita tak tahu d sebalik kesenangan itu ader kepahitan yang telah mereka lalui.. ada benda yang mereka korbankan...

tapi aku masih jeles dengan diorang.. mampu menahan nafsu dan mengelakkan godaan syaitan.. kerana aku selalu kalah.. kalah untuk memerangi itu semua.. selalu sahaja tenggelam dalam dunia sendri.. dunia yang tiada manfaat..

Allah.. aku lemah ya Allah...

aku banyak dosa ya Allah..

tapi aku selalu lupa ya Allah.. dengan azab mu dan nikmat syurga mu ya Allah..






hina nya aku -.-"