‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Saturday, December 18, 2010

untuk kita WANITA

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

 
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. 
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.


Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat

Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.


Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.

Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. 
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.


Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).

Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?


Maka, labuhkanlah tudungmu.

Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.



*ihsan dari i luv islam =P

Sunday, December 5, 2010

cara selesaikan masalah

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

semalam Allah bagi saya sedikit ujian.. ujian yang tak berapa besar sangat kot. tapi mampu jugak la untuk saya mnjadi seorang yang bermuka masam mencuka dan tidak membuat ape-ape kerja sepanjang hari..

benda ni start dari malam sebelumnya lagi dan saya telah melakukan satu benda yg mengejutkn akal fikiran.aper yer? rahsia ngn Allah je la bleh? tapi bila dah tido kurang la cket rase stress nyer... petang ingtkn nak gi kat jemaah. ader jemaah masturat kuar 40hari dekat-dekat ngan kawasan umah saya tapi mak lak nk balik kg. so cancel la g kt jemaah.. Allah xpilih. cian i..

mase on the way nk balik kg tu, mak lak macam-macam.. nk lalu jalan sane la cni la.. haish, jalan lak jem. adoyai.. rase mau mnjerit aje. tapi sabar... mase tgh tensen2 tu ader la plk kete lalu depan.. kt kete die ader tulis ayat seribu dinar. saya pon baca dalam hati.rase tenang cket tapi tak rase puas sangat lagi... hmm..dalam hati still bermain-main rase ketikpuasan hati ke atas bnder yang terjadi semalam..


diam seribu bahasa keadaan di dalam kereta itu..



kami mau HIDAYAT!
bila dah sampai kg, saya amik handpon, pakai earfon, pastu pasang lagu kuat-kuat..lagu pilihan, dari kumpulan Paramore  dan yang seangkatan dengannya. pastu nyanyi2.. even suara tak sedap. klu kat bilik kt umah nk nyanyi tak der r orang dengar sangat kot, ni dok kg hmm..mungkin satu kg kot dengar ader penyayi bersuara emas menyayi.





lepas tu, dah abes beberapa lagu di nyayikan, dah abes suara baru r rase lega.. lega yang amat.. rase kosong dalam dada yg tadinya sesak..

saya tahu ini bukan cara sebenar, tapi cara ini saya gunakan sejak saya mengenali laptop dan headphone, sejak di zaman u lagi... nk wat assingment pon kne pakai headfon, klu tak, alamatnya tak siap la keje.. (dengan izin Allah)

mungkin buat masa ini, Allah kurniakan cara ini kepada saya, mungkin lepas ni saya akan menyelesaikan masalah dengan lebih baik, mungkin dengan membaca Al-Quran sampai lega, atau mungkin doa nangis-nangis kat Allah... Allah yang bagi masalah, Allah juga yang ada jalan penyelesaian..

Allah maha kuasa makhluk langsung tadak kuasa...


**jangan tiru aksi ini di rumah

Monday, November 15, 2010

Allah lebih menyayangi nya

e
tanggal 7hb November 2010, sekitar jam 8 stengah pagi... Allah telah menghantar malaikat Izrael yg patuh ke rumah ku... dengan penuh kasih sayang Allah mnjemput ayah kembali ke rahmatullah... kembali ke pangkuan Allah... kembali kepada Penciptanya... kembali utk selamanya... pergi yang tak kembali lagi....

tiada tanda-tanda yang di kirimkan.. tiada pesan sempat di tinggalkn ayah... ayah pergi dengan tiba-tiba.. sejurus selepas emak memandikan ayah.. sungguh kami tidak sangka.. tapi kami harus redha.. harus akur dengan ketentuan Ilahi...

ayah sakit agak lama... sakit saraf sejak setahun yang lalu... tapi 3,4 bulan sebelum ini, ayah sihat seperti biasa... makan berselera, cakap pon ok... cuma tak mampu berjalan sahaja.. badan ayah berisi seperti biasa..
pernah ketika rumahku mengadakan solat hajat llebih kurang sebulan lepas, ini kerana permintaan ayah ku, ayah kelihatan amat sihat. sihat seperti ketika ayah sebelum sakit. die dapat bersila, dn makan seperti orang lain. amat tidak ku sangka.. tapi Allah lebih sayangkan ayah...

Allah telah atur segalanya... anak ayah ini tidak dapat bersama ayah ketika saat2 akhirnya... mase tu anak ayah ini berada di Melaka. pagi ahad tu baru sampai sane..  mak kol gtau ayah dah takder pukul 10.30 pagi.mungkin mak xsampai ati nk kacau anak ayah ni sbb anak ayah nie mungkin penat selepas seharian di dlm bas.. anak ayah ini trus ke LCCT.. tp jarak dr melaka ke LCCT 2jam, tak sempat utk amik flight pkl 1.40 tghari.. jadi amik flght pkl 4. pukul 5 lebih br smpai KB.. sampai umah lak pkl 6. xsempat nk jumper ayah untuk kali terakhir... hati ini rasa mcam nk marah semua org. sbb tak tunggu anak ayah nie.. tapi Allah telah atur kn semua...

seminggu sebelum itu, mak ke kL.. jadi saya yang menjaga ayah.. alhmdullilah Allah bagi saya kesempatan untuk menjaga ayah untuk kali terakhir. saya mndikan die dan mnjaga makan pakai nyer.. walau untuk 4,5 hari tapi itu mungkin sebagai ganti kerana saya tidak dapat bersama ayah untuk saat2 terakhirnyer...

mak cakap wajah ayah tenang jer.. dan dahinya berpeluh.. mukanya bersih.. moga ia tnda-tanda seorang kekasih Allah...

moga ayah bersama dengan para ambiya' dan bersama-sama org soleh..dan juga moga kubur ayah adalah salah satu dari taman-taman syurga.. amin...

Al-fatihah untuk Allahyarham Zakaria bin Ismail

semua kita akan menuju ke sini.. cepat atau lambat

Wednesday, September 22, 2010

Untuk mu wAhai isTeriku....[Surat Dari Suami Yang Keluar Di Jalan Allah (1)]


 Perkongsian dari buku yang dikarang oleh Abu Aviroh Anisah dan Abu Navisah...

Buku ini adalah surat untuk isteri saya, tetapi kerana isinya tak ada yang bersifat rahsia dan mengandungi nasihat yang di ambil dari pesan masturat, maka saya rasa para wanita umumnyer boleh membaca dan mengambil hal-hal yang positif.

Kita faham bahawa target tarbiyah masturat adalah menjadikan Daieyah, Murobiyah, Khodimah, Abidah dan Alimah.

Jadi buku ini cuma sekadar mengingatkan hal tersebut jika ader kekurangan mohon dimaafkan sahaja.


Pengarang:
Lahore 25 Julai 2006

**********************************************************************

Hari ini aku pergi....
Meninggalkan kamu,
Meninggalkan anak-anak kita,
Meninggalkan rumah kita yang penuh ketenangan.

Hari ini aku pergi...
Kerana perintah Dzat
Yang telah menancapkan getaran di hatiku
Ketika aku menatapmu...
Disaat malam pertama kita.

Hari ini aku pergi...
Untuk menyenangkan hati
Seseorang yang telah korbankan
Seluruh hidupnya
Untuk kebahagian kita hari ini
Sehingga kamu dan aku berjumpa
Dalam keadaan islam.

Hari ini aku pergi...
Untuk menghapuskan luka
Sayyidul Ambiya Muhammad SAW
Kerana lautan maksiat
Yang telah dibuat...
Oleh orang yang mengaku sebagai umatnya.

Jadi... Wahai isteriku!!
Aku pergi tinggalkan kamu
Untuk datang kepada Dzat
Yang memiliki hati kamu
Hingga bersemi cinta diantara kita

Aku pergi tinggalkan kamu....
Bukan kerana aku tak menyayangimu
Tetapi ada mata yang tak pernah mengantuk
Mengawasi cinta kita
Ada tangan yang akan pukul kita,
Ketika cinta kita melebihi cinta kepada-Nya.

Jika esok....
Ketika kau terbangun dari tidurmu
Kau tak dapati aku di sisimu
Maka....
Cepatlah bertasbih!!!
Alhamdullilah....

Kenapa?
Bukankah Ummul Mu'minin Aisyah r.ha
Ketika merasa senang...
Ketika hidup bersama kekasih Allah SWT
Maka Rasul SAW sabdakan:
"Bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar di Jalan Allah SWT
Kerana....
Dia bukan hidup dengan kekasih-Nya Allah SWT
Tetapi hidup bersama Allah SWT!!"
 Jika esok...
Ketika melihat kamar kita sepi,
Tak ada canda ceria seperti sebelumnya
Maka...
Bayangkan olehmu
Bagaimana rumah sahabiyah!!
Suami mereka selalu pergi membawa pedang
Terkadang tak ada khabar
Yang ada hanya kubur...
Tetapi...
Mereka tetap katakan:
 Biarlah rumah kami sepi,
Asalkan rumah-rumah di seluruh alam
Penuh dengan Nur Iman

Jika esok....
Tak ada tangan 
Yang memberi suapan ketika kau makan
Seperti yang biasa ku lakukan padamu
Yakinlah wahai isteriku!!
Allah SWT akan memberi suapan kepadamu
Hidangan yang memiliki 70 rasa di Jannah
Yang tak akan jadi kotoran yang jijik
Bahkan...
Mengeluarkan keringat melebihi kasturi.

Ketahuilah isteriku!!
Bahawa makanan di dunia
Mengadungi racun yang jadi penyakit
Jika tak buang hajat.

Jika esok....
Musibah, ujian dan sejuta masalah
Datang dalam kehidupanmu tanpa aku
Lihatlah kepada hatimu!!
Kemana kamu berlari?
Saat itu Allah SWT ingin lihat iman kamu
Yang hari-hari bergantung kepada aku.

Segerakanlah kamu berwuduk,
Dirikan solat...!!
Adukan urusanmu kepada Robbmu
Kau akan bahagia di dunia yang sementara
Dan akhirat yang selamanya.

Jika saat itu..
Kau cari pertolongan dengan kebendaan 
Itulah kegagalan dalam hidupmu
Kau akan menderita selamanya
Ketahuilah!!
Masalah selesai atau tidak, itu bukanlah maksud
Tetapi Ta'luq kepada Allah SWT
Itulah suatu kejayaan yang besar.

Isteri ku!!
Jangan tipu Allah SWT!!
Kau meminta dengan Iyya ka Na'budu wa Iyya ka Nasta'in
Sementara kau menyakini 
Bahawa kejayaan
Dalam mengumpulkan benda-benda.
Janganlah terpengaruh dengan keadaan dunia
Allah SWT beri dunia ini kepada orang yang dicintai
Dan juga kepada yang dibenci

Di dalam kesenangannya ader kesusahan
Dan kesudahan dari penderitaannya
Adalah kebahagian

Sehingga senang dan susah kamu
Tetaplah mentaati Allah





bersambung.....


-
-
-


Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SUMER

assalamualaikum...

esok, 10hb september 2010 bersamaan 1 syawal kita akan menyambut hari raya aidulfitri insyaallah..

kepada sumer follower dan pembaca blog saya tak sempat nk pos kad raya kepada sumer.. jadi saya post kat cni jela yer...


maaf zahir batin jika ader post2 saya yang lepas ader tersalah bahasa atau ader yg menyinggung perasaan sesiapa.. moga raya kali ini memberi kita keberkatan selepas berjaya melawan nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan..




kepada yang balik kampung, tidak kiralah dengan menggunakan jalan darat, jalan air, mahupun jalan udara.. jgn lupa baca doa naik kenderaan mintak perlindungan dari ALLaH moga selamat sampai dan selamat pulang...



akhir kata SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN =)

Saturday, August 28, 2010

1day n 1st tym wearing niqab in PUBLIC!!


Assalamualaikum.....

rase tak sabar nk on9 nk buat post br mengenai hari saya yg saya tak pernah lalui... n nk cter kt korang sumer.. =)

on 27hb Ogos 2010....(jumaat)

Alhmdullilah minggu nie sy lulus lagi lepas melalui 70 tilikan hati oleh Allah subhanahuwataala utk pergi taklim di markaz Dusun Raja, Kota Bharu.... moga minggu depan lulus lagi insyaallah...



lepas taklim abes kol 11pagi. mcm biasa sy akan pergi amik mak kat KB( die g dgr cramah Tok Guru Nik Aziz).. tp utk minggu ni die dh blk dlu ngn teksi.. sy pon memang bercadang nk gi KB sbb nk beli tudung..
jadi saya pon meneruskan perjalanan ke KB..



lepas ader purdah yg diberi oleh Moksu (org yg dok kt markaz) sy pakai purdah tiap2 kali drive kete.. iaitu mase nk gi kerja dan balik kerja.. ingt nk pakai mase isi minyak. tapi tak kuat lagi.. so tak jadi...



okey smbung ceter... mase on da way nk gi KB. sy ingt tak nk pakai purdah mase bawak kete sbb susah nk bukak mase dah sampai kt KB sebab dah ramai orang...  tapi Allah bagi ilham. nak try pakai mase gi beli tudung.. jeng3... kuat kah saya? tapi boleh try... hari nie sy pakai jubah itam. tapi dalam ader baju kurung. terpikir gk nk pakai jubah skali ker atau hanya baju kurung. tapi sy pakai jubah jgk n baju kurung kt dalam.. even mase tu cuaca panas yg amat. tp matahari tak leh bagi panas. yang bagi panas Allah. btol x? =)



so macam bese mase dalam kete baru saya pakai purdah sebab tak nak orang yang saya kenal perasan.. mase nk sampai KB, jalan jem la plak... tapi takper.. sbb saya dalam kete. ader aircond.huhu..



then cari parking, saya kene cari parking yang dekat ngan kedai tudung tu sebab takot saya tak kuat nk jalan jauh2 dengan berpurdah nie..  mase nk parking tu ader la palk sorg makcik nie die dok kt tapak parking tu ngn barang2 die.. cian die kene alih2 barang. mase nak turun kete.. dalam hati berdoa kt Allah. moga2 aku selamat.huhu.. cam nk gi berperang jer. keh3.. then saya cakap sory kt makcik tu.. huhuhu... 1st time bercakap melalui purdah. SO WEIRD!! hahah...



then saya meneruskan perjalanan dengan menundukkan pandangan tiru org baik2.huhu.. alamak! skali jumper la plak ngn sorg akak nie. die pon g taklim gak. die pandang sy. tp die tak cam saya kot. sebab saya dah bertukar menjadi ninja.huhu...  tapi saya cam dia even die pakai purdah. tapiiii saya tak tegor die.. kalau saya jumper mak saya time ni pon, takder nyer nk tegur.huhu...



tapi ini bukan saya
sbelom gi beli tudung kene gi atm la plak dulu.. adoyaii... so dengan langkah yang penuh berkeyakinan saya pon melangkah. melintas jalan yang berkereta dan org awam yang pelbagai rupa dan warna.. mase jalan tu ader la plak angin. saya yang tak biasa berpurdah nie pon pegang la kain kt muka saya nie. takot nmpak lak dagu ke aper...huhu.. cm kelam kabut je rase. mase sampai kt bank. ader pekerja bank yang nk kutip duit. ader sorg tu n ngn sorang pakguard pandang sy dgn penuh curiga. die ingatkan saya nk gi rompak bank kot. kui3.... dah la pakai itam sumer.. pastu tutup muka lak.huhu... sory pakcik, sy nk amik duit jer.. nanti kalu saya nk rompak, saya bawak geng2 saya nnti yer.. heheh...




lepas tu saya trus menuju ke kedai tudung, mase jalan tu ader gak la prasan org dok tgk n ader budak kecik tu pandang jer.. hihi...     lawak2... haish, rasa diri ini seperti MAKHLUK ASING lak. mase dok pilih2 tudung, ader sorg makcik nie pndang saya n die senyum, tp die cam hampa sbb mungkin die rase, klu saya senyum balik pon bukan die nampak.huhu.. nak pilih warna tudung saya kne cakap ngn penjual tu. saya risau kot2 diorg tak dengar, padahal diorg dengar je kot. nasib baik penjual tu org pompuan..minggu lepas dah datang dh beli tudung kt kedai same. tp tak pakai purdah. minggu nie dtg berpurdah lak. agak2 akak2 tu prasan tak saya dah datang minggu lepas? tak kot.. kn? mase kt dalam kedai tu saya pndang cermin. dah tak nampak muka saya.. nampak kening seurat dua ngn mata jer dua biji.huhuhuhu... klu sape2 cam saya mmg die teror r.hehe.. ni yang saya heran sampai skarang. cne kawan-kawan boleh kenal kawan diorg yang pakai purdah,pakai tutup sumer. penah tak diorg tertukar org?huhuhu... ader instinct kot.
boleh bezakan ke?



okey, then mase nk tawar menawar tu, saya tak sungguh2 r nk menawar sbb rase cam pelik nak cakap2 melalui kain nie.. minggu nie tak leh kurang la plak. minggu lepas boleh jer.. takpelah.. ingt nak beli dua tudung.tapi ader satu jer yang berkenan.



lepas tu, trus balik jela... even tudung yg dikehendaki mungkin berada di kedai lain, tapi sy mengambil keputusan untuk cari lenkali. cukup dlu untuk setakat hari ini. kalau biasanya saya akan merayap ke kedai-kedai lain dlu. tapi kali nie tak boleh. kene balik trus.huhu...



then macam biasa la bawak kete... mase nk sampai kat umah kene bukak. dan begitulah setiap kali berpurdah. nanti mak nampak. bernanah telinga kene leter.keh3...



ha..korang! sape-sape yang kenal MAK saya jangan gtau tau ape yang saya tulis kt blog nie kat die. biarlah rahsia nie antara kita berdua. ceeeyyyy...




hari nie (27Ogos) saya ader dua undangan berbuka puasa, satu kat opis dan satu lagi kat kt markaz. kak Siti cakap tak ramai die jemput. org2 tertentu sahaja.. kira saya nie VIP gak la.keh3.. makan nasik beriani.. yummmyy.. sedapnyer.. tp Allah bagi sedap. so saya gi markaz. sbb saya lagi suka gi markaz berbanding opis.huhu.. n saya berterawih berjemaah di markaz. wat 23 rakaat. dan saya belajar benda baru. selawat selepas setiap kali 2 rakaat terawih adalah bida'ah. Nabi tak buat... so insyaallah lepas nie saya tak buat. sebab tu la pelik jer.. lepas smyg, imam trus bangun sambung smayang...



ops! dh masuk bab lain la plak. jadi sampai di sini sajelah entry kali ini. saya sangat teruja nak gtau korang. dan alhmdullilah Allah dan makbulkannya... doa kan saya dapat istiqomah pakai purdah di suatu hari nanti. INSYAALLAH...

di akhirat nanti.. manusia akan datang untuk melihat wajah Allah.. tapi bagi sesiapa yang memberati auratnya (memakai purdah) secara istiqomah di dunia, maka Allah yang akan datang kepadanya -hadis-

Sunday, August 22, 2010

dambaan ku



Ya Allah... tetapkan aku di jalan Mu...

aku perlukan MU..

amat-amat memerlukan MU...

Kau mengasihiku 70 kali ganda dari kasih seorang ibu kepada anaknya...

maka Ya Allah... selamatkn aku...

selamatkan aku dari terpesong akidah atau terkeluar dari landasan agama MU..




ALLAH...

Kau cinta yang agung.. Maha Agung membatasi segala-galanya...

pilih lah aku..

pilih lah aku untuk kerja-kerja dakwah MU...

pilih lah juga seluruh umat sehingga hari kiamat untuk menuju kepada MU

pilih lah kami untuk terus tetap

menuju

syurga MU

dambaan setiap insan..








pemburu syurga idaman

Saturday, August 14, 2010

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal.....



 ASSALAMUALAIKUM...


ini adalah perkongsian yang saya dapat dari email... jom baca =)
  



  
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ........
kengkadang siaran indonesia ....
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/2006 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ....
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya........
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ......
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ....?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
 
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
 

surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripadammbaca surat ini, insyaAllah. Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.


So, hargailah Mak anda selagi mereka masih ade didunia ini. kerana bagi aku mak adalah segala². I Love You Bonda..
 
  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
  
p/s : mungkin ade orang yang dah baca surat ni so abaikan jika dah baca, untuk orang yang belum pernah membacanya sahaja. =)











Makkkk... sy mintak maaf.. sy sayang mak




(-.-) 

Tuesday, August 3, 2010

untuk kita yang istimewa.. wanita



Assalamualaikum..

Wanita adalah istimewa.. ini ader cket yang saya dapat utk tatapan kita.

  •  satu ketika Fatimah dtg pada Nabi saw.Fatimah lihat Nabi saw nangis terisak isak...teruk sangat. Fatimah pun turut menangis...dan Fatimah tanya napeNabi saw nangis. Lalu baginda menjawab kerana teringat masa Israk Mikraj melihat berbondong bondong kaum wanita masuk nerak. Nauzubillah..

  •  kemuliaan wanita bila jaga aurat..

  •  dikatakan bila Fatimah r.a mau melintas ke syurga, Allah perintahkan sume kaum lelaki rendahkan pandangan..

  •  wanita HARAM POTONG RAMBUT BAWAH PARAS PINGGANG!
    • hujahnya: nanti mase kat Padang Mahsyar sumer org di bangkitkan dengan keadaan tanpa seurat benang pon. wanita menutup badan mereka dengan rambut.

  •  sesiapa yg baru-baru berjinak-jinak nak amal suruhan Allah dan nk ikot sahabiah.. klu bab pakaian slow-slow bertukar (klu tak mampu).. 
    • pakai pakaian yang warna tak terang (nk pakai hitam lagi baik)... 
    • try tutup yg terdedah seperti kaki (pakai sarung kaki), 
    • pakai tudung labuh-labuh cket, 
    • baju yang agak longgar...
    • atau ape yg anda fikir bleh elak dari mata-mata bukan mahram.
 
  • pintu neraka ada 7. 
    • 3 untuk orang kaya 
    • 3 untutk untuk wanita..

  • 2/3 isi neraka dari kaum wanita

  • pompuan nie kuar umah pun hampir 100 peratus dah berdose.. sepatutnya..bahkan tidak jatuh wajib bagi sorang wanita buat haji jika tiada mahram atau berteman dgn 4 wanita yg tidak fasik. inikan hal2 dunia.. itu rukun islam. sudah berjaya yahudi dan nasrani tipu umat islam skrg....syaitan tidak kekurangan anak panah. stok sentiasa ade..kita la stok dia...

  • dengan kuar umah kita mbantu setan..melepaskan anak panahnya... setiap mata yg memandang kita berdose dan kita jugak alsebab kepada dose..maka dose = ke neraka. nauzubillah.

  • bab ilmu... ilmu kita mesti pergi mendatanginya..maknanya kita mesti mendapatkan atau pergi mencari guru.. bukan guru yg mencari kita macam skrg nie kat masjid surau.. bukan majlis ilmu..itu kita panggil majlis menyampai maklumat..untuk cari ilmu,kita kena cari tok guru..itu tertib bab belajar agama.Itu sebab ade hadis mgatakan org menuntut ilmu bjalan diatas sayap malaikat.. ilmu adalah sinonim dgn amal..skrg bila menuntut ilmu tiada adab tinggal hanya maklumat.. arinie macam2 maklumat kita ade...tapi takleh amal..tak heran la pompuan pakai skirt, solat tutup aurat tapi berjalan dedah balik....sebab tiada kekuatan amalan...cuma ade maklumat... 

Penghulu wanita syurga Fatimah ra  berkata:

wanita yang baik adalah wanita yang mana mata lelaki tak pandang dia, dan mata dia tak pernah jatuh pada mana2 lelaki.. 


semoga apa yang kita dengar dapat kita amal dan sampaikan. Insyaallah.

Sunday, August 1, 2010

maaf jika post lepas menyinggung atau agak sensitip

Saturday, July 24, 2010

kenapa tak ape-ape kan saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Wednesday, July 21, 2010

yA ALLAH

YA ALLAH.....

AKU MAHU KELUAR KE JALAN MU... SEPERTI SAHABIAH YG TERDAHULU...

MUDAHKAN YA ALLAH....

KAU PEGANG SEGALA-GALANYA....


(doa kt cni lak. xder kejayaan)

Thursday, July 15, 2010

Sedikit cerita nusrah Jemaah Masturat Sri Langka

          Alhmdulilah syukur kehadrat Ilahi yang telah memilih sy utk ke nusrah jemaah masturat Sri Langka dari 4hb July sehinggalah 11hb July baru-baru ini.. ini adalah pengalaman pertama sy mengikuti nusrah jemaah.. Jemaah Sri Langka nie kuar masturat 2bulan dan ader 5 pasang.

              Subhanallah.. majlis itu penuh dgn kasih sayang.. mase mula2 sy g kt umah kak nor kt pengkalan chepa. semuanya bermula d citu. terkejut dn terpengun dgn sume yg datang pakai purdah dan ader yg tutup sume muke.. culture shock jap. sume org tkjut ader org br.sume tnyer nie ahlia spe..huhu.. agak segan gk mula2... mse br smpai jemaah tgh baca ta'lim n mse pkl 5 stengah stat bayan. ader org laki bayan kt luar rumah, dalam umah pkai speker. dalam hati sy cakap, maju gk org2 tbligh nie...hehe.. lps bayan ader makan2.. n lps magrb lak ader muzakarah.. best dgr muzakarah. jemaah sri langka cakap pastu k.siti translate.. lps muzakarah, sy kne ikram.. mmg kne basuh bersih r.. die cakap Allah tilik hati kita dgn 70tilikan dan dgn pnuh pndangan rahmat sbelom pilih kita dth mjlis nie. subhannallah.. nk pecah dada rse.. n macam2 lg r diorg ckp pasal kelebihan kuar jln Allah dan pasal akhirat.... subhanallah..subhanallah.... Maha Besar Allah.. (sy sgt ske majlis nie) ..... lps isyak makan lg. ni 1st tym sy makan nasi dlm talam.. makan rmai2... sy suke...balik pkl 10lebih...insyaallah esk g lg..

 Insyaallah azam kuar masturat kt Sri Langka nnti

           2hari d rumah k.nor then pindah kt umah kak ayu. dkt je ngn umah sy.. hari nie muzakarah cakap pasal hak2 jiran.. Kalau kita nk bina umah lagi tinggi dari rumah jiran, kita kne mintak keizinan jiran kita dlu. sbb takot rumah kita mnghalang angin dari sampai ke rumah jiran. Subhanallah.. begitu besar hak jiran. dan ader satu cter nie ader seorang jiran yg bukan islam die saje nk sakitkan hati jiran die yang muslim nie. Dia telah salurkan paip najis dari bilik air die ke rumah jirannya yang muslim nie.. tapi muslim nie ttp bersabar... klu ader najis, die bersihkan.. buang kotoran tu.. dan xpernah sekalipon merungut atau memarahi jirannya ituu... Dia bersabar selama 12tahun! masyaallah... sampai lah satu ketika tu jirannya yang non-muslim nie berasa hairan, "btol ke paip aku dah salurkan ke rumah sbelah. npe die xmarah lak" sambil garu-garu kepala. pastu dgn xpuas hatinya die pon pergi la bertanya kepada jiran sebelah.

                  jiran non-muslim : "Ada ke tak saluran najis masuk umah awk?.
                  jiran yg muslim    : "ader... "
                  jiran non-muslim  : "bape lme?"
                  jiran yg muslim    : "12tahun"

punye la terkejut gler si org non-muslim.. die pon masuk islam dgn asbab sifat ikram dan penyabarnya jirannya yg muslim ini... Subhanallah.... bleh ker kita cmtu? klu kucing die lalu dpn umah kita pon kte nympah kan? (bkn kita, org lain).

Jemaah dk umah k.nor 3hari.. hari last jemaah yg masak. sedappp.... hingga menjilat jari. (mmg kne jilat jari pon.sunnah kn) diorg masak kuah dal, pastu ader smbl wat ngn kelapa + asam limau ++, ish, mmg sedap r.. katenyer kak siti (jemaah nusrah) "zainab nie bleh kuar g India nh, sume bleh makan" insyaallah.. amin.. hehe..

pastu lepas umah k.nor g berek 12 lak. umah spe nth.xingt... 2hari kat sne dan lepas tu g kubang kerian blk. lagi dekat ngn umah sy..saya bawak mak g dgr bayan atas permintaan jemaah dan selepas beberapa kali sy menolak permintaan diorg. sbb segan n takot mak terkejut.. mase dah sampai umah yg ader jemaah tu, mak terkejut, mak xth pon nie umah org tabligh, n nie majlis org tbligh.. die ckp die takot ngn bnder2 pelik nie...huhu.. sy ajak mak masuk n seperti biasa sifat2 jemaah yg pnuh kasih syg tlh peluk cium mak tp mak nmpak xselesa.. pastu mase bayan xth la mak dgr ke x, die mcm xberi perhatian. Bayan macam biasa ckp pasal syurga, ckp pasal akhirat yg kekal abadi. dunia hanya sementara... then lepas bayan ader jemaah n trnslator dtg ikram mak. mak pon ckp la die slalu g dgr cramah tok guru nik aziz stiap jumaat. n bla bla bla... jemaah srh tggu blk malam.. pastu mak ckp xleh. sbb ayah ader..

pastu jemaah ckp, lps anta mak, zainab bleh la dok cni kn? pastu mak cakap xleh gak.sbb ayah die br blk =(

(sbelom nie/smggu lps mak g kl dn ayah dok umah kakak, so sy bleh la sy blk mlm)

uwaaaa....sedey gler.. lps mkn kueh sket2..ktorg pon blk. dlm kete mak ckp la, klu nk g blajar g ari jumaat, ader ustzah ngaja best.. ngaja doa2 sume.. tp sy diam jer.. dlm hati macam2 mnjawab.huhu... so mlm tu xdpt la sy dgr muzakarah dn mkn dlm talam bersama jemaah2.. sedih yg teramat.. sgt.... sy dok dlm blk xkuar2 smpai la g kje pagi esknyer...

      Esoknya sy bertekad even mak xbg sy tetap nk g kt jemaah.. bkn sng nk jmper diorg. n arini last diorg ader kt kawasan kota bharu nie.lps nie g area Tumpat lak.... sy pon dgn semangatnya balik awl dan dh berjanji nk g ngn kak siti kt jemaah. ble balik umah, masuk je umah mak trus mmbebel. "npe dah berenti wat tusyen? budak2 tu br nk pndai.. xwat tusyen sbb nk g kt tempat tu la tu. xyah la pegi ke sne lagi.org lain sume xwat, die je sorg yg pelik" myb mak takot sy jd mcm diorg kot nnti, pakai purdah. pastu sy pon trus amk barang2 g masuk bilik. sbelom masuk blk sy smpt mnjawab "org bknnyer g disko pon! sume xleh. org bkn nyer hentikan trus tusyen tu, rehat kjp jer"    dpt dosa free..huhu... ble dah masuk blk tu mksudnyer esok la br kuar..huhu... menangis sorg2 mengenang nasib diri. cewahhh! ni sume dugaan dari Allah. klu btol2 hambNya nk wat kje Nabi s.a.w nie.. dia akan d uji sbb nk btol2 teguhkan iman. dalam blk tu sy terfikir, xcaya je rase sy wat mcm sahabiah dlu buat. ikot jejak diri diorg. masyaallah... sgt hebat percaturan Allah. aku bersyukur Kau telah memilihku Ya Allah.. so berlalu la sehari tanpa nusrah jemaah. mlm tu, k.siti kol ajak g jmper jemaah sbelom diorg pindah g umah lain. k.siti ajak g pagi sbelom sy g kje...

husband diorang cam ker isteri masing.masing?

        Pagi esknyer alhamdulillah Allah izinkan sy g jmper jemaah jap.sy ske dan diorg pon ske jmper sy. kami pluk cium dan sy dapat mkn pagi d sne..hehe.. lps tu diorg ikram sy..ckp srh sabau dan doa byk2 moga Allah pilih mak juga... mse salam nk blk.. sy nanges... sedih nk tggl diorg n sedih sy dh xleh g ikot jemaah lg.... diorg pon nanges gk.. insyaallah.. ader rezeki jmper lg.

       Tapi Allah maha kuasa, Allah pegang segala-galanya, d langit atau d bumi. Allah pilih sy lg utk g nusrah jemaah kt Wakaf Bharu. walaupun jauh cket tp sbb Allah dh pilih, sume jd mudah... smalam (14july) sy, cik yah, ank k.siti 3 org dan k.siti sme2 g kt jemaah. Jemaah Sri Langka gk.Alhmdulillah... kak siti ckp mse yg sy xleh g kt jemaah tu, diorg tnyer psl sy. k.siti ckp, zainab xleh dtg dh kt jemaah.huhu... cm malu pon ader.. dh nanges2 tp jmper blk.huhu... Subhanallah.. mmg xrugi g majlis nie..byk kelebihannya.. mase bayan cakap pasal kelebihan nusrah jemaah :
  • Allah pandang dgn 70 kali pandangan rahmat dan kasih syg sebelum memilih kita utk menghadiri majlis ini.
  • Barangsiapa berada di jalan Allah walaupun dalam masa sesingkat 1 perahan susu unta, maka wajib baginya SYURGA. 
  • Jemaah yang keluar ibarat org Muhajirin dan org yang nusrah jemaah ibarat org Ansar. Dan org Ansar mendapat pahala seperti pahala org Muhajirin. dan 1 subhanallah yg d ucapkn oleh org yg sedang kluar d jln Allah sama seperti 49milion kali ganda pahala.
  • Rasulullah doa kpd Allah supaya mmberkati org Ansar, berkati org Ansar, berkati org Ansar dan berkati keturunan org Ansar. dan Rasullullah berdoa supaya kubur baginda bersama-sama dgn org Ansar.
Nusrah jemaah kali ini adalah yg terakhir utk sy dgn jemaah Sri Langka nie..(tp klu Allah pilih smpai ke Machang pon sy g) lps nie diorg g Machang dan lps tu g KL n balik Sri Langka. kesempatan nie sy cedok byk2 ilmu diorg. diorg ajar sy bacaan yg perlu d baca dlm soat hajat yg  2 rakaat dan 4 rakaat, doa2 yang perlu d amalkn, belajar amal sunnah dan macam2 lagi.sangat banyak manfaat yg sy perolehi dari diorg.. mmg xdapat klu stakat masuk kuar kuliah.  

DENGAN SEDIKIT PENGORBANAN ALLAH AKAN BAGI KEFAHAMAN.

           Moga Allah akan pilih kita lagi utk nusrah jemaah, jemaah2 lain dan Moga Allah istiqomahkan kita dalam usaha ini..INSYAALLAH...

Tuesday, July 6, 2010

dosa yang lebih besar dari zina




Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?





Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.




Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Wallahu'Alam

ihsan dari facebook : http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/ana-aisyah/dosa-yang-lebih-besar-dari-zina/409303169897

Sunday, July 4, 2010

~Ayatul Mahabbah~
بسم الله الرحمن الرحيم.. قل اءن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم..والله غفوررحيم.. 
 (SURAH ALI-IMRAN:31)"

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
...Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ke tepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Jauhkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...

Ya Allah...
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini maupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...

Ya Allah...
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau ridhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...


AMIN... AMIN... AMIN... Ya rabbal 'aalamin

Wednesday, June 30, 2010

ta'lim masturat (25 jun 2010)

assalamualaikum...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg maha mengasihani

Alhamdullillah Allah pilih ana lg utk ke majlis ilmu, majlis ta'lim masturat di Dusun Raja walaupun lewat sampai.

minggu ni tak ramai sangat yang datang berbanding minggu lepas. tak pelah myb ader keuzuran. eh ana tak tahu la klu pompuan uzur bleh join tak ta'lim nie sbb ana tgk ader student2 kat citu xmasuk ta'lim tp dok dlm blk diorg..myb uzur kot.

mase ana sampai ader sorg tgh baca kitab. pasal siwak (bersugi)

lepas tu mak die lak ckp pasal 6 sifat sahabat, mmg bagos r diorg sekeluarga nih, sume wat kje agama.. mak ayah smpai anak2.. moga ana pon mcm tu insyaallah.

adab-adab ta'lim
  • berwuduk
  • sembahyang sunat taubat sebelum ta'lim
  • ikot mase
  • duduk rapat-rapat sebab syaitan ader bwk 3senjata die
  • dengar elok-elok
mase kita hadiri majlis ilmu, syaitan dah siap sedia dah bawak alat-alat die.. bukan nk berjual kat kita tp nk suruh kita jadi lalai.die bawak 3bnder. pertama Lipstick, kedua celak dan ketiga tongkat.
  • syaitan bawak lipstick bukan sebab nk jadikan bibir kita mungil. tp die nk kita bercakap / berborak supaya kita dan kawan kita tak dengar aper yang di beritahu.
  • celak pula supaya kita jadi mengantok,lali...kpale menerawang ingt wedges, kerja, makan dn sebagainya...
  • tongkat nie pula die bawak bkn sbb ikot sunnah. tp sbb die nk ketok2 kita. nk pukul2 badan kita supaya kita jadi tak senang duduk. lenguh sana, lenguh cni.. nk belunjur la. nk baring la.. macam2.. gatal la.
oleh sebab itu... kita perlu amik wuduk dlu.sbb syaitan xmasuk dekat. then mase dalam ta'lim tu kne duduk rapat2.. jangan bagi ruang pada syaitan utk mengisi kekosongan itu. then kita kne tahan.jangan ngantok! jangan dok bercakap n jangan gerak banyak2 sbb kita tak leh kalah ngn syaitan. kita tahu dah kita ngntok sbb syaitan dah pakaikan celak kt kita, kita rse gatal mulut nk bercakap sbb syaitan dan pakaikan lipstick cap ayam kt bibir... kita rse lenguh-lenguh sbb syaitan dah ketok kita pakai tongkat die tu.. so kita kne bertahan! insyaallah setiap pengorbanan Allah akan balas.

(nk mncelah jap sbb tercakap pasal pengorbanan)
ader satu cerita pada zaman Rasullullah s.a.w. nama die Abdullah Ibnu Mathum r.a. sahabat Nabi s.a.w yang buta, rumahnya 2batu dari masjid Nabawi. Dia mintak keuzuran dari Nabi untuk solat fardhu kat umah jer.. pastu Nabi s.a.w tanyer die samada die dgr ke tak azan kat masjid. pastu sahabatnya itu berkata die dengar azan kat masjid tu... jadi Nabi suruh die smayang kat masjid.. di sebabkn die buta dan untuk mudahkan die, die telah mengikat kaki die ngan tali dari umah nya sampai lah ke masjid.. pada suatu hari d takdirkan Allah die telah terjatuh ke dalam lubang.. tp dia still lagi teguh dan kuat keimanannya untuk ulang alik ke masjid. untuk kali keduanya die terjatuh g kedalam lubang tp die still lagi g smayang kt masjid. pastu untuk kali ketiganya mase die nk jatuh dlm lubang syaitan telah menahannya dari jatuh dalam lubang... ha??syaitan laknatullah tolong sahabat Nabi?? pelik tuh. nape-nape?
syaitan tu cakap d sebabkn pengorbanan die utk ke masjid utk smyg fardhu dan d sebabkn kesusahannya ketika  jatuh lubang pada kali pertama Allah telah ampunkn seluruh dosa-dosa die, dan mase kali ke dua die jatuh lubang dan die bersabar, Allah telah ampunkn seluruh dosa ibu bapanya dan syaitan takot jika die jatuh lubang utk kali ketiganya maka Allah akan ampunkan seluruh dosa umat manusia......

subhanallah.. Allah maha penyayang, maha pemurah, begitu byk skali Allah bagi ganjaran pada kita kerana sedikit pengorbanan dan kesabaran....

sebab tu r kita kne wat sedikit pengorbanan, korbankn masa utk anak bini, utk kerja, utk berfoya-foya utk wat kje-kje Nabi s.a.w.. insyaallah Allah akan balas dgn balasan yang tak terhingga banyaknyer dan syurga yang tersangat indah.. we know dat we did something wrong n we know if we die now there's no heaven for us xcept hell.. but we still in the same mode doing things dat not in the right path.. kita nk tobat mase tua.tp mungkin jap agi kte mati. cne? xsempat la plk nk cari sejadah.

mari kawan-kawan kita lupakan dunia yang mungkin jap agi akan kita tinggalkan utk akhirat yang kekal abadi...

moga rahmat Allah dan hidayat Allah bersama dgn kita.. dan istiqomah utk segala amal yg kita lakukan.
BERTABAH!!