‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Tuesday, July 26, 2011

kayu sugi punya rahsia. saintifik punya

 Assalamualaikum....
 
berjalan2 d blog jumpa artikel nie lak. sje jer nk share.. meh baca meh. ini punya artikel cilok dari cni
 
 
Semakin berkembang ilmu sains, maka semakin banyak lagi rahsia-rahsia, misteri dan amalan tradisional suatu ketika dahulu terbongkar. Penemuan rahsia gelombang elektromagnetik pada kayu sugi adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan para saintis.
Panel Pembumi

Dalam tubuh badan manusia terdapat pengaliran caj yang berperanan memastikan sel-sel tubuh terus bertenaga dan menjalankan fungsi seperti normal. Secara umumnya kaum lelaki dewasa mempunyai caj elektron dominan. Manakala kaum wanita dan kanak-kanak mempunyai caj proton dominan. Antara kedua-dua jenis caj ini, elektron yang penting kerana ia mempertenagakan sel.

Elektron ini sentiasa digunakan dan akibatnya akan hadir caj proton. Caj proton yang berlebihan ini perlu dialirkan keluar supaya elektron dapat diperbaharui.

Pengaliran proton keluar perlu melalui panel khas yang digelar “panel pembumi”. Pada tubuh terdapat dua bahan organik yang berfungsi sebagai panel peneutral kehadiran proton berlebihan pada tubuh iaitu rambut (bulu roma), gigi, kuku dan kulit mati (atau mana-mana organik binaan mineral yang menganjur keluar dari tubuh).

Pencemaran Panel
Sebagai Panel Pembumi, ia sentiasa akan menampung kehadiran caj proton. Oleh itu ia sangat berpotensi untuk tercemar. Pada peringkat pencemaran yang rendah, ia boleh dibersihkan melalui cara dibasuh menggunaan air mutlak dengan kerap.

Kawasan yang perlu dibersihkan ialah wajah (bulu roma terdapat banyak di wajah), kepala, anggota tangan dan kaki.
Panel Pembumi ini tidak dapat dibersihkan dengan air sekiranya kandungan sel mati terlalu tinggi (atau panjang). Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil
1. Kuku panjang perlu dibuang. Menyimpan kuku panjang akan menyebabkan caj protein lebih kerap mencemarinya.
2. Rambut yang panjang perlu dilindungi daripada terdedah kepada atmosfera luar rumah supaya tidak mudah tercemar dengan caj proton berlebihan. Memakai tudung akabila keluar rumah bukan sekadar menutup aurat terhadap orang bukan muhrim tetapi mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
3. Mandi perlu kerap setiap hari supaya sel kulit mati dapat disingkirkan. Hubungan intim antara suami isteri akan meneutralkan caj elektron dan menjadikan potensi untuk dicemari caj proton lebih tinggi. Oleh itu, mandi junub selain untuk tujuan bersuci dari hadas, ia juga mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
Gigi tidak memanjang atau menghasilkan sel mati, sebaliknya ia menghasilkan mineral kalsium semulajadi tubuh. Oleh itu, pencemaran yang berlaku di gigi akan menyebabkan gigi memendam caj proton.

Kesan pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.

Mudarat Burus Gigi Linen
Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.
Malah berus itu sendiri sebenarnya penuh dengan bakteria dan boleh memudaratkan gigi.
Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
Lipas amat menyukai berus gigi. Mereka suka “membersihkan” berus gigi anda setiap malam.
Sekiranya anda boleh menukar berus gigi setiap bulan atau merawat berus gigi setiap kali digunakan, maka berus itu selamat digunakan.

Aliran Elektrostatik
Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.
Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya. Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron
Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.
Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.


Teknik Menggosok (Bersiwak)
Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.
Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

Kesimpulan Manfaat Bersugi
1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

15 comments:

  1. Adek Teet...bagus n3nya...lepas2 nie asyik belek2 gigile huhuhu,kalau ikut sunnah memang takde masalahkan :),tapi orang kat luar sana lagi suka berus gigi...ek,dari kayu sugi,andaikata mereka terbaca n3 nie kan bagus.

    ReplyDelete
  2. apa juga sunnah Nabi saw, adalah yg terbaik buat kita..

    Malangnya, manusia bersangka mereka lebih cerdik dan pandai sehingga ingin mengetepikan sunnah Nabi saw..

    Sama2 azam untuk amalkan keseluruhan sunnah Nabi saw dalam kehidupan..

    Syukran atas perkongsian yg menarik ni..

    ReplyDelete
  3. ni la dikata,dlm sunnah ada kejayaan,nabi da ajar kite lame dah,,kini,sains pon telah membuktikan "kejayaan" tersebut,,,
    masyaAllah,,,
    moga dpt istiqamah,,,,

    ReplyDelete
  4. wah... saya pun nak bersugi jugak la lepas ni nanti...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... banyak jual dah kayu sugi merata2.. zauj akak sentiasa simpan dalam pocket pg mana2 pun :)

    ReplyDelete
  6. la ni dah ada ubat gigi ekstrak kayu sugi.. tapi sunnah sebenar bersugi guna kayu sugi..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum sume..

    maaf le lambat balas komen anda semua;

    buat kak marian ali:
    belek2 gigi tgk aper perbezaan sebelom dan selepas guna sugi eh kak?hee..
    tu r pasal.org skrg ramai sgt2 gne berus gg. padalah guna sugi lagi byk best. kan kak? moga Allah bagi hidayat :)

    ReplyDelete
  8. buat tuan fuad:
    btol tu tuan.. sunnah nabi s.a.w yg terbaek

    manusia nie poyo jer cerdik. xnak ikot sunnah nabi. kuno la ape la.. kn?
    hee...mmbebel plak

    ReplyDelete
  9. buat abu zarim..

    bukan stakat sains dh buktikan

    quran dh buktikan lama lagi sebelom sains wujud. kita jer baru nk amal.(err...saya sebenarnya )

    ReplyDelete
  10. kak tie:

    jom kak tie..amalkn sugi. xyah g jmper doktor gg lg dh. jimat sumer..

    hadis: "sapa amal 1 sunnah secara istiqamah, akan dapat 100 pahala mati syahid"

    ayat quran: "nikmat mana lagi yg kamu dustakan"

    =)

    ReplyDelete
  11. untuk ukti syikin:

    syukran sudi lawat blog sy nie

    sy ader dgr
    sape2 yg bawa ke mana-mana kayu sugi nie klu excident insyaallah xkan patah.

    dalam sunnah ader kejyaan. kan?

    ReplyDelete
  12. tuan saiful nizam:

    selamat berkunjung ke blog saya nie :)

    mana lagi bagos

    extrak jer ke atau yg asli?

    pati buah lagi best ker buah btol lagi best :)

    ReplyDelete
  13. tentulah yg asli lg best.. bila tonyoh kat gigi mesti ada cebisan2 kayu aarak tu yg tercabut & lekat kat gigi..

    ReplyDelete
  14. saya nak beli juga kayu sugi hari tu...sekali die jual yg dah expired... tak berani saya nak guna..

    ReplyDelete
  15. mr saiful nazim:
    hehehe... yg tu part paling best ker? heee


    kak tie:
    kat jaafar rawas ader jual. RM 1.50 jer so.

    ReplyDelete

awak best!!