‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Sunday, January 16, 2011

surat dari suami yang keluar di jalan Allah (part 2)

assalamualaikum...

walaupun agak lama delay sambungan surat ini, anggap lah part 1 baru smlm ku post kn.heee



Wahai isteriku..

jangan kamu bangga
seandainya kamu dapat seluruh dunia
tetapi kamu kehilangan Allah s.w.t, maka itulah kerugian yang besar

kerana..
sekalipun kamu berhasil menjaring Jibril a.s
dengan jaring yang kamu buat
dan kau bisa perintah sesuai kehendak kamu
itu bukanlah kejayaan
jika harimu kehilangan Allah s.wt

orang yang kehilangan Allah s.w.t kehilangan segala-galanya


banyak orang dirikan solat untuk hadirkan benda
tetapi...
adakah orang solat untuk hadirkan Allah swt
padahal...
barangsiapa yang dapatkan Allah swt, maka dapat segalanya


jika esok..
kau terpandang rumah tetangga kita suara tawa, keceriaan terdengar dari sana,
suami mereka selalu di rumah
tak pernah khuruj fi sabillilah

jangan kamu iri!
kamu justeru harus belas kasihan kepada mereka
kerana mereka sedang membangun tangisan dan permusuhan yang hebat di dalam rumah mereka

ketahuilah!!
bahawa setiap orang membangun rumah tangga
hakikatnya...
membangun tempat menangis
di rumah mereka akan datang malaikat Maut
menjemput setiap nyawa yang ada
tak ada belas kasihan

walau mereka katakan: Jangan ambil isteriku! jangan ambil anakku!!
tak ada tebusan sedikit pun, dan tak juga diberi tangguh sesaat pun,
saat itu lah mereka akan menyesal
salahkan semua ahli keluarganya

Ya Allah!!
kerana kesibukkan ku memenuhi hajat isteriku
aku lalai menjadi naib nabi Mu
aku kini malu jumpa kekasih Mu
aku tak gembirakan hati Sayyidul Mursalin
aku lempar sunnah-sunnahnya
dan aku asyik makan minum
bersama anak isteriku seperti haiwan
sementara hati nabi Mu terkoyak-koyak

isteri dan anak-anak mereka pon akan berkata:
wahai suami ku!!
mana tanggugjawabmu?
kau tak pernah sirami hatiku dengan Nur Iman..
Kau tak isi buku catatanku dengan amal

Ketahuilah isteriku..
bahawa setiap amal suami  merupakan tabungan buat isterinya,
bayangkan oeh mu bagaiman jika seorang suami hanya pnadai mencari wang apakah buku amalan mu akan bertambah??

Jadi isteriku..
kepergiaanku melewati batas negeri adalah untuk mempersiapkan pesta-pesta besar untuk kita

bagaimana pendapatmu
jika ada seorang ayah meruntuhkan rumahnya untuk diganti dengan rumah yang lebih besar
apakah anak isterinya marah?
tentu tidak!!
mereka akan semakin sayang kepada ayahnya


...lenguh dah.. lenkali lak insyaallah

Tuesday, January 11, 2011

saya suka mereka_dan kamu juga


Assalamualaikum semua...


saje jer nk share pasal kesukaan saya berada dalam 'kerja' nie..

mula-mula g taklim best sgt even saya ni yg paling pelik dalam kalangan masturat tapi diorg tak tegur pon dengan cara tak best. tapi diorang ikram saya dengan bagos.. nasib baik saya tak keluarkan buku nota yang saya bwak tu.klu tak, lagi nampak pelik...

tiap kali gi nusrah atau kalau ader ape-aper jamuan, saya yang diorang tumpukan..malu la plak rase, maklumla orang baru. mne biasa ngan suasana yang sebegitu.. cara makan, cara cakap banyak yang berbeza.. kalau boleh setiap kali jamuan n nusrah saya kena gi. tapi masa terbatas. sebab kne g sorok2


baru-baru nie saya ader g nursah jemaah yang kuar 3hari. orang tempatan jer.. ader yang gi taklim sama-sama.. masa bayan, diorang memang memberi seluruh perhatian pada pembayan.. jarang sangat ader yang bercakap makap. boleh di katakan tak der la... bagus tol akhlak diorang... dan diorang mendengar aper yang di bayangkan dengan sepenuh perhatian. macam bender tu masuk exam ataupun macam ujian MUET yang tang listening tu..huhu.. Allahuakbar.duduk pulak rapat-rapat. mengeratkan ukhwah sesama sendiri. kita jumpa benda ni sumer kalu bersama mereka sahaja. saya sangat kagum dengan mereka...

dan yaang paling best skali.. ikram mereka memang A+++.. rasa macam keluarga sendiri jer...

n i juga terpikir.. even masturat ini tidak berkerja, tidak pergi kursus kepimpinan, tidak pergi kursus rumahtangga atau yang sama waktu dengannya.. mereka tetap bagus dalam itu sumer... tidak perlu pergi kursus yang berbayar, bercampur baur dengan lain jantina, naik bukit tu, turun bukit nie....hanya duduk di dalam muzakarah ketika sedang khuruj atau semasa nusrah dan they have all in it... n its more effective! believe me.. u dont know until u try it... lagipon cara penyampaian lagi best. more close to heart n membuatkan kita senang untuk amalkn. bercampur dengan keberkatan dan rahmat yang dikurniakanNya ketika majlis itu.. wallahi HANYA dalam agama ada kejayaan.

masa muzakarah diorang cter cne nak jaga anak, cane nk jaga suami, ehem. cane nak solat dengan betul, cane nak layan tetamu, hak-hak jiran dan semua la.. lagi banyak kita keluar , lagi banyak kita tahu. dengan izin Allah insyaallah...


moga kita selalu menjadi pilihan Robbul 'alamin untuk terus bersama-sama dengan jemaah-jemaah ini dan meneruskan usaha suci ini hingga ke akhir hayat. insyaallah...

p/s:sapa-sapa area kelantan yang rasa nak ikot saya gi nusrah jemaah India yang akan khuruj di kelantan selama 25hari  bermula 13hb nie gtau la saya yer.. insyaallah kita boleh tmbah ilmu dan keghairahan untuk amal agama dan mengetahui cara hidup yang sebenarnya..


bercinta sampai ke syurga


untukmu masturat pilihan Allah

Saturday, January 8, 2011

mari kita belajar ADAB MINUM ikot sunnah ye kawan-kawan

Assalamualaikum kepada pembaca yang di kasihi sekalian...

sekarang nie saya rajin cket nk mengupdate blog sbb Allah izin dan budak-budak sekarang tengah bercuti...

jadi untuk kali ini mari kita belajar cara-cara untuk minum. minum pon ader cara ker? mesti la. nak makan nasik pon ader cara kan? kena suap ikot minum. bukan ikot idong. minum pon ader cara gak...tak kira lah minum air mineral ker, sirap ker, epal susu ker.. tapi adab ini tak termasuk dalam terminum air laut yer
sedap la plak air nie
kita buat bender nie hari-hari dan mungkin setiap setengah jam.. tapi kita tak tahu cara sebenarnya.. main minum jer. dahaga la katekan... yang kita tahu, minum air panas tak leh tiup kan? haa.. bagos dah tu dah tahu cket-cket. jom kita improve cara kita minum dengan minum ikot cara nie


1- Tutup kepala
(sebenarnya memang adab makan kita kena tutup kepala dlu. masa masak pon kne tutup kepala gak)


2- Duduk 
(makan cara sunnah, time dah duduk makanan mesti bawah pinggang/ rendah dari kedudukan kita)


3- Pegang gelas/cawan dengan meletakkan jari kelingking bawah tapak gelas/cawan
hikmahnya : kalu air itu air sihir, kita akan dapat detect. contohnya kita minum air panas tp tapak dia sejuk lak.tu ader something wrong kat air tu

4- Tengok dalam air

ader kisah sahabat nie,
die bangun malam2 
untuk minum air, tapi tak nampak
 pape .(dulu mane ader lampu) 
sunnah kne tgk dalam air dlu baru minum.
 so sebab tak nampak  die pon tak minum r..
 esok nyer die tgk dlm air tu ader kala kengking.
 Alhmadullilah r Allah pelihara dia (dalam sunnah ader kejayaan)



5- Baca bismillah

 baca lebih pun takpe...
 itu sekurang kurangnya


6-Minum seteguk
 kata Nabi untuk elak minum cam unta..

7- Ucap Alhamdulillah
* no 4-5 ulang tiga kali

Pastu minum ler sampai abis air yg awk nk minum tu. mudah jer kan? kaedah ni kita guna la tak kira lah pakai straw ke tak. tapi sunnah minum terus dari cawan/ gelas tu..

benda nie senang, tapi ganjaran nya Masyaallah sangat la BESAU nau. 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya " Barangsiapa yang mengamalkan satu sunnahku secara istiqomah di zaman kerosakkan, maka ganjaran bagi nya adalah 100 pahala mati syahid." 

dan kita ketahui Allah dah hapus seluruh/semua/segala-gala  dosa  orang yang syahid ketika darah blum cecah tanah lagi. Allahuakhbar! kita mampu ker nak dapatkan 100 syahid? kita mati sekali jer. tu pon kalu syahid. tapi belom tentu syahid kita tu di terima Allah.. Allah sayang ummat akhir zaman ini dengan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda jika kita ikot perintahNya dan amal kan sunnah Nabi Nya. ader alasan lagi ker kita tak nak amal sunnah? istiqfar... (-.-)

dan ader satu perkongsian tambahan. ramai di kalangan kita yang tidak tahu adab-adab minum air zam-zam. air yang mak kita atau sedara mara kita bawak balik dari Mekah tu. adab-adab camni sebenaunyer

1- tutup kepala
2- berdiri mengadap kiblat ( iyer BERDIRI)
3- pastu minum ikot cara-cara seperti minum air biasa tadi.


Bangun tido kena baca doa, amik sembanhyang pastu sembahyang. barulah ketiga-tiga ikatan syaitan akan terlerai. Jika tak buat apa yang disarankan nabi, maka itu yang yang membuatkan fiil kita jadi pelik-pelik sepanjang hari tu..sebab kita masih terbelenggu dengan tali yang diikat syaitan. *sumber kak aliaazuan =)


tupai : eh, cam same jer cara kita minum air.
manusia: mne same. saya minum ikot sunnah.
sama lah jugak dalam kes minum-minum nie. lagi la kita banyak kali buat dalam sehari. kalau tak ikot aper yang Nabi s.a.w sarankan. maka kehidupan kita akan asyik terbelenggu dengan syaitan. buat sumer benda rase tak kena. hati rasa tak tenang. cane nak tenang kalu time minum jer minum sama-sama ngan syaitan, makanan atau minuman lak tak tutup. lagi la sedap si syaitan laknatullah tu nk main-main kan kita. die gi kencing nyer kat makanan dan minuman yang kita nak makan tu.. adoi.. kacau tol syitan nie kan? jadi kita kena usaha la untuk hindarkan syaitan dari menghampiri kita. syaitan lagi takot 1 orang alim dari 1000 orang abid. abid ni aper? abid nie adalah orang yang mengabdikan seluruh hidup dia hanya untuk beribadat kepada Allah semata-mata. short form die abid = ahli ibadah


Insyaallah dengan amal sunnah Nabi s.a.w menunjukkan tanda kita cinta kepada Rasullullah dan kejayaan hanya akan datang apabila kita ikot cara Nabi. moga dapat kita amal dan sampaikan insyaallah...












Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."










Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai. (HR Tabrani dan Majma uz-Zawaidi) 




haiii..mau join?






kalu ader penambahan atau cadangan atau kesalahan mintak gtau yer..heee (^.^v)


**ader pembetolan.harap baca balik. maaf yer


Tuesday, January 4, 2011

renungkan lah semua



Assalamualaikum semua..
Hari ini saya mahu kongsikan satu cerita yang menarik perhatian saya. Kisah ini adalah sebuah kisah dimana tindakan yang kita anggap “kecil” sebenarnya amat bermakna untuk seseorang..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain .
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata“Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpanya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.  
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan  hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. 
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. 
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang 
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!


Kata pengarang: saya benarkan anda semua “copy” dan “paste”kan risalah ini untuk disebarkan kepada umum..semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung..

Monday, January 3, 2011

doa untuk ayah yang dah di panggil Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Salam iman kepada semua... entry kali ni bukan la entry sangat..

tapi nk tanya kalian sumer aper doa dan perkara yang perlu kita buat untuk jalankan tugas sebagai 'anak soleh penyambung kebajikan mak ayah yang sudah di jemput Ilahi..'

nak doa aper..

nak buat aper lagi selain doa...

dan yang sewaktu dengannya...

::saya budak baru belajar... tuan puan tolong ajarkan::

juga mohon sedekah Al-Fatihah kepada Almarhum Zakaria Bin Ismail, ayahku tercinta yang telah kembali ke pangkuanNya pada 7hb November 2010

Sunday, January 2, 2011

Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi

Syaikhul Hadith Maulana Haji Muhammad Zakariyya rah. telah habiskan seluruh usianya yg soleh dalam tiga bahagian:
1. Dars wat Tadris (belajar dan mengajar)
2. Tasnif wat Ta’lif (menyusun dan mengarang kitab)
3. Tazkiah wa Islahul Khuluq (tazkiah hati dan islah akhlaq)

Beliau telah berjaya sempurnakan semua diatas dg baik dan cemerlang. Dikatakan bahawa kegiatan beliau:
* Belajar dan mengajar, dilaksanakan dg benar2 disiplin waktu dan sakinah (penuh ketenangan pikiran)
* Menyusun dan mengarang kitab, dilakukan dg penuh tekun diiringi seluruh tumpuan hati serta akal
* Tazkiah nafsu dan islah khalq, dibuat dg daya perhatian bagai pekerja gigih dlm suatu pekerjaan yg bernilai

Ketiga2 kegiatan tersebut beliau tunaikan sekaligus dg amat baik. Antara tiga itu, yg ketiga lebih menonjol dari yg lain. Alhamduilllaah hingga kini, pengaruhnya masih berterusan dan ribuan org telah dpt mengeluarkan cinta dunia dari hati mereka dg asbab usaha beliau.

Dua bahagian yg pertama, iaitu pendidikan dan menyusun serta menulis kitab, amat besar jasanya kpd umat serta menerima pengiktirafan yg tinggi dan tdk terkira. Secara ringkas akan diterangkan disini mengenai beberapa kelebihan dari hasil karangan beliau dan jasa beliau secara ringkas dlm bidang pendidikan.


Dalam Bidang Pendidikan
Pendidikan beliau bermula pada tahun 1325H hingga tahun 1336 [1907-1917]. Diantara masyaikh yg telah menjadi guru beliau ialah Syaikh Saharanpuri, Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Dahlawi, ayahanda beliau Syaikh Maulana Muhammad Yahya Kandahlawi, Maulana Abdul Wahid Sanbuli, Maulana Abdul Lathif dan ramai lagi masyaikh lainnya.
Setelah tamat belajar, beliau mula tugas mengajar dari tahun 1335 H hingga tahun 1388 H [1916-68]. Kira2 54 tahun beliau telah berbakti dalam dunia pendidikan dan pengajaran. Dan lebih dari setengah usia beliau dihabiskan untuk berkhidmat di Madrasah Mazahirul Ulum di Saharanpur. Banyak bukti menunjukkan beliau mengambil berat terhadap madrasah ini. Semasa di madrasah ini, beliau telah mengajar lebih kurang 35 buah kitab agama bermula dari kitab Ilmu Sighah dan Nahu hinggalah kepada kitab yang lebih tinggi seperti kitab Sahih Bukhari dan Abu Daud. Bahkan beliau telah mengajarkan seluruh kitab yg diajar di madrasah tersebut.
Beliau juga telah mengukir kenangan bahagia dengan menamatkan beberapa kitab penting dalam pengajarannya, di antaranya kitab Nurul Anwar sebanyak 3 kali, Mishkat 3 kali, Abu Daud 30 kali, Bukhari jilid awal sebanyak 50 kali dan kitab Bukhari dg lengkap sebanyak 16 kali.
Ramai kalangan penuntut yg telah berjaya menamatkan pelajaran hadith melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka dihadapan beliau. Kemudian ramai pula yg meneruskan tugas mengajar dan berkhidmat utk agama dan ilmu agama dipelbagai tempat. Selain itu, ramai murid2 beliau yg telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yg hati sanubari mereka disinari ma’rifat, sehingga mereka telah berbai’at melalui tangan beliau yg mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dg nikmat Allah Swt, telah berjaya mencapai darja kerohanian yg tinggi dlm ilmu ini.

Sebahagian dari nama2 murid Syaikh Muhammad Zakariyya rah. yg telah menjadi ulama-ulama yg masyhur adalah:
* Maulana Muhammad Yusuf, Maulana Inamul Hasan, Maulana Izharul Hasan dan para pengajar di Kashiful Ulum Delhi
* Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadith di Darul Ulum Deoband
* Maulana Munawwar Husein, Syaikhul Hadith di Darul Ulum Lathifi Kethar
* Maulana Abdul Jabbar, Syaikhul Hadith di Jamiah Qasimiah Shahi Muradabad
* Maulana Akbar Ali Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum dan juga pengajar hadith di Darul Ulum Karachi, Pakistan
* Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadith di Madrasah Kashiful Ulum Delhi
* Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadith dan wakil Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
* Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syaikhul Hadith Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
* Maulana Muhammad Aqil, pengajar hadith di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
* Maulana Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadith di Madrasah Darul Ulum Karachi
* Maulana Muhammad Salman, pengajar hadith di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
* Maulana Taqiyuddin, pengajar hadith
* Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadith di Darul Ulum Tanbu di Rangoon
Termasuk ulama2 berikut (tambahan Aba ‘Izzat):
* Dr. Mustafa al-Siba’i
* Syaikh Abd. al-Fattah Abu Ghuddah
* Dr. Muhamamad ‘Alawi al-Maliki
* Syaikh Muhammad Taha al-Barakati
Dan masih banyak lagi nama2 lainnya hasil didikan dan ajaran beliau. Jika semua nama2 itu dicatat disini, maka risalah ini akan menjadi sangat panjang. Mereka semua adl ulama yg masyhur diantara org2 besar dlm dunia pendidikan dan pengajaran ilmu hadith yg telah dihasilkan melalui asbab pendidikan beliau.
“Itulah keutamaan Allah Swt yg diberikan kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya”
Bagi kami, para khadim dan pelayan beliau, menjadi satu kebanggaan dan suatu kelayakan bagi kami amal tauladan diri kami, bhw dlm masa yg amat lama beliau telah sudi mendidik kami semata2 kerana Allah Swt padahal beliau melakukan itu semua tanpa menerima bentuk bayaran (baik gaji, bantuan, dll) dari pihak madrasah. Memang pd masa permulaannya, beliau terpaksa menerima sekedar upah mengajar beliau kerana dipaksa oleh masyaikh madrasah. Namun pd keesokan harinya beliau telah pulangkan seluruh wang upahan itu kembali ke madrasah.
Semoga Allah Swt memberi taufiq-Nya kpd kita semua utk mengikuti tauladan beliau yg suci lagi mulia.
Mengenai hal ini dg lebih terperinci, pembaca budiman boleh rujuk kitab Tarikh Mazahir, Jilid II.


Dalam Bidang Penulisan
Penyusunan kitab serta mengarang juga adl satu bab dlm kehidupan Syaikh Muhammad Zakariyya rah. dan berkatnya masih melimpah hingga sekarang. Beliau mula berkarya dg menulis 50 Tahun Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh.
Kedua2 kitab tsb adl permulaan karya beliau. Oeh kerana sibuk beliau dg mendidik, mengajar dan tanggungjawab terhadap madrasah maka kitab ini belum siap dan diterbitkan lagi. Insya-Allah setelah 50 tahun berlalu, kedua2 kitab tsb yg diberi judul, Tarikh Mazahir dan Tarikh Masyaikh akan segara disempurna dan diterbitkan.
Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur. Seluruh kitab2 pelajaran, kecuali sebahagian kitab di kelas permulaan, telah dikarang dan disusun oleh beliau utk diajarkan di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur sehingga Madrasah tsb mencapai darjat ilmiah yg tinggi yg istimewa dari Allah Swt berkat jasa beliau terhadap ilmu hadith. Bahkan beliau telah jadikan misi hidup beliau khidmat terhadap hadith dan Allah Swt telah terima khidmat beliau pd martabat yg tertinggi sekali. Kitab Nadir Shuruh dan La Zawal Ta’liqaat hasil pena beliau telah diterima dg baik dikalangan masyarakat umum dan para ulama yg ternama.
Kitab Awjazul Masalik (6 jilid besar) Syarah Kitab al-Muwattha’ Imam Malik adl hasil usaha serta titik peluh beliau sendiri selama kira2 40 tahun dan kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh2 ulama di Hijaz. Diantara tokoh alim ulama tersebut ada seorang yg berkata “seandainya pengarang kitab ini tdk menulis di dlm Muqaddimahnya bhw dia bermazhab Hanafi, maka pasti k ami akan menyangka bhw penulis adl bermazhab Maliki kerana beliau dpt mengupas setiap bahagian dari fiqh mazhab Maliki secara terperinci. Selain itu, beliau dpt mengumpulkan byk masalah2 fiqhiyyah mazhab Maliki, dimana penjelasan masalah tsb sukar utk ditemui dlm mana2 kitab mazhab Maliki sekalipun.”
Alim ulama dari negara Arab, khususnya Arab Saudi, penjaga Haramain – semoga Allah Swt tambah keduanya kemuliaan dan keagungan – juga alim ulama dan tokoh dari Damsyik sangat berharap kpd syaikh agar kitab tsb dpt diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang yg kaya raya dari Mekah Mukarramah telah menerbitkan kitab tsb dg pembiayaan pribadinya.
Demikian juga dg kitab Lami’ud Darari (3 jilid) Syarah Jame’ Bukhari, kitab Kaukabub Duri (2 jilid) Syarah Jami’ut Tirmizi, kitab Juz Hujjatul Wada dan kitab al-Abwab wat Tarajim lil Bukhari dlm bbrapa jilid. Semua kitab ini adl suatu khidmat beliau yg sangat agung terhadap hadith.
Beliau sentiasa tekun apabila membahaskan sesuatu kitab sampai pemikiran beliau terbuka dg penemuan baru hingga byk kitab2 baru disusun dan ditulis oleh beliau. Keseluruhannya, beliau telah mengarang lebih daripada 89 buah kitab dan 29 buah telah diterbitkan sementara yg lainnya masih dlm penerbitan. Semua judul dan keterangan karya beliau terhimpun dlm autobiografi beliau yg terkenal iaitu Aap Beti.
Semua karya beliau itu amat bernilai dlm bidang ilmu pengetahuan, hakikat, islah dan tabligh. Dan beliau telah menunaikan hak dlm bidang2 tsb dg cemerlang, seperti yd diucapkan oleh Maulana Abul Hasan Ali Nadwi rah. “Karya dan susunan Syaikh benar2 mengandungi dua bahagian pokok:
1. Khusus dlm ilmu dan hakikat, serta
2. Murni mengandungi dakwah dan Islah

Umumnya, seseorang yg mahir dlm bahagian pertama, ia tdk mahir dlm bahagian kedua. Dan jika ia mahir dlm bahagian kedua, ia tdk mahir dlm bahagian pertama. Dan seseorang yg sudah biasa dg bahagian kedua, maka ia tdk menjaga dan menegakkan adab serta peraturan dlm bahagian pertama.
Akan tetapi Syaikh Muhammad Zakariyya telah berjaya sempurnakan 2 bahagian tsb dlm setiap karyanya. Beberapa contoh beliau dlm bahagian pertama ialah kitab Awjazul Masalik dan Lami’ud Dararai dan contoh umum dari bahagian kedua ialah kitab Hikayatus Sahabah dan Fadhail Amal, mengandungi Fadhilah Solat, Ramadhan, Zikir, Al-Quran, Haji, Sedeqah, Tabligh dan Selawat. Dan contoh karya beliau terkumpu kedua2 bahagian itu secara bersamaan ialah kitab Jame’ Shamail Tirmidzi dan Syarah Khasail Nabawi” [Shawaih Yusufi, Lucknow, hal 129].

Judul dan kandungan risalah ini adl berkenaan surat2 pertanyaan berkaitan dg kitab Fadhail Amal beliau, yg telah dikumpul dari semasa ke semasa. Syaikh Muhammad Zakariyya rah. telah menjawab semua surat2 pertanyaan dan kritikan tsb dg mempamerkan kesabaran yg tinggi dan berhemat luas serta kebijaksanaan yg jitu. Dlm hal ini, dpt dijangka bhw Allah Swt telah kurnia dari khazanahNya bbrp bahagian kelembutanNya kpd beliau.