‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Saturday, January 8, 2011

mari kita belajar ADAB MINUM ikot sunnah ye kawan-kawan

Assalamualaikum kepada pembaca yang di kasihi sekalian...

sekarang nie saya rajin cket nk mengupdate blog sbb Allah izin dan budak-budak sekarang tengah bercuti...

jadi untuk kali ini mari kita belajar cara-cara untuk minum. minum pon ader cara ker? mesti la. nak makan nasik pon ader cara kan? kena suap ikot minum. bukan ikot idong. minum pon ader cara gak...tak kira lah minum air mineral ker, sirap ker, epal susu ker.. tapi adab ini tak termasuk dalam terminum air laut yer
sedap la plak air nie
kita buat bender nie hari-hari dan mungkin setiap setengah jam.. tapi kita tak tahu cara sebenarnya.. main minum jer. dahaga la katekan... yang kita tahu, minum air panas tak leh tiup kan? haa.. bagos dah tu dah tahu cket-cket. jom kita improve cara kita minum dengan minum ikot cara nie


1- Tutup kepala
(sebenarnya memang adab makan kita kena tutup kepala dlu. masa masak pon kne tutup kepala gak)


2- Duduk 
(makan cara sunnah, time dah duduk makanan mesti bawah pinggang/ rendah dari kedudukan kita)


3- Pegang gelas/cawan dengan meletakkan jari kelingking bawah tapak gelas/cawan
hikmahnya : kalu air itu air sihir, kita akan dapat detect. contohnya kita minum air panas tp tapak dia sejuk lak.tu ader something wrong kat air tu

4- Tengok dalam air

ader kisah sahabat nie,
die bangun malam2 
untuk minum air, tapi tak nampak
 pape .(dulu mane ader lampu) 
sunnah kne tgk dalam air dlu baru minum.
 so sebab tak nampak  die pon tak minum r..
 esok nyer die tgk dlm air tu ader kala kengking.
 Alhmadullilah r Allah pelihara dia (dalam sunnah ader kejayaan)



5- Baca bismillah

 baca lebih pun takpe...
 itu sekurang kurangnya


6-Minum seteguk
 kata Nabi untuk elak minum cam unta..

7- Ucap Alhamdulillah
* no 4-5 ulang tiga kali

Pastu minum ler sampai abis air yg awk nk minum tu. mudah jer kan? kaedah ni kita guna la tak kira lah pakai straw ke tak. tapi sunnah minum terus dari cawan/ gelas tu..

benda nie senang, tapi ganjaran nya Masyaallah sangat la BESAU nau. 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya " Barangsiapa yang mengamalkan satu sunnahku secara istiqomah di zaman kerosakkan, maka ganjaran bagi nya adalah 100 pahala mati syahid." 

dan kita ketahui Allah dah hapus seluruh/semua/segala-gala  dosa  orang yang syahid ketika darah blum cecah tanah lagi. Allahuakhbar! kita mampu ker nak dapatkan 100 syahid? kita mati sekali jer. tu pon kalu syahid. tapi belom tentu syahid kita tu di terima Allah.. Allah sayang ummat akhir zaman ini dengan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda jika kita ikot perintahNya dan amal kan sunnah Nabi Nya. ader alasan lagi ker kita tak nak amal sunnah? istiqfar... (-.-)

dan ader satu perkongsian tambahan. ramai di kalangan kita yang tidak tahu adab-adab minum air zam-zam. air yang mak kita atau sedara mara kita bawak balik dari Mekah tu. adab-adab camni sebenaunyer

1- tutup kepala
2- berdiri mengadap kiblat ( iyer BERDIRI)
3- pastu minum ikot cara-cara seperti minum air biasa tadi.


Bangun tido kena baca doa, amik sembanhyang pastu sembahyang. barulah ketiga-tiga ikatan syaitan akan terlerai. Jika tak buat apa yang disarankan nabi, maka itu yang yang membuatkan fiil kita jadi pelik-pelik sepanjang hari tu..sebab kita masih terbelenggu dengan tali yang diikat syaitan. *sumber kak aliaazuan =)


tupai : eh, cam same jer cara kita minum air.
manusia: mne same. saya minum ikot sunnah.
sama lah jugak dalam kes minum-minum nie. lagi la kita banyak kali buat dalam sehari. kalau tak ikot aper yang Nabi s.a.w sarankan. maka kehidupan kita akan asyik terbelenggu dengan syaitan. buat sumer benda rase tak kena. hati rasa tak tenang. cane nak tenang kalu time minum jer minum sama-sama ngan syaitan, makanan atau minuman lak tak tutup. lagi la sedap si syaitan laknatullah tu nk main-main kan kita. die gi kencing nyer kat makanan dan minuman yang kita nak makan tu.. adoi.. kacau tol syitan nie kan? jadi kita kena usaha la untuk hindarkan syaitan dari menghampiri kita. syaitan lagi takot 1 orang alim dari 1000 orang abid. abid ni aper? abid nie adalah orang yang mengabdikan seluruh hidup dia hanya untuk beribadat kepada Allah semata-mata. short form die abid = ahli ibadah


Insyaallah dengan amal sunnah Nabi s.a.w menunjukkan tanda kita cinta kepada Rasullullah dan kejayaan hanya akan datang apabila kita ikot cara Nabi. moga dapat kita amal dan sampaikan insyaallah...












Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."










Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai. (HR Tabrani dan Majma uz-Zawaidi) 




haiii..mau join?






kalu ader penambahan atau cadangan atau kesalahan mintak gtau yer..heee (^.^v)


**ader pembetolan.harap baca balik. maaf yer


15 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Waahh..sedap betul gambar iklan air tu.
    Z@i, jus tembikai secawan! hikhik... leh ambik oderkn kt cni? :p

    Alhamdulillah...jazakillah kongsi adab minum tu. Walaupun nampak kecil je dan ringan serta mudah nak buat tp time haus lupa dah adab ni..huhuu. Jadi kena di ingatkan lg n lg.

    ni nak tanya ckit..ada x adab suap orang minum?hahahaa.. rasa kesian je kat tupai atas nuu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    waahh...tergoda betul ngn gambar iklan kt atas tu...Z@i,jus tembikai secawan!hehee

    Alhamdulillah. Jazakillah kongsi adab minum ni. Walaupun nampak simple n mudah nak amal, tp time haus tu...lupa dah bab adab ni. belasah je..siap lupa nak dakwah, bukan air bg hilang dahaga..huhuu. Jd perkara ni perlu di ingtkn lg n lg..

    emm..tanya ckit, ada x adab nk suap org minum? rasa kesian plak kt tupai atas nuu..hahaa. comei!

    ReplyDelete
  3. wslm wbt.. buat pengantin baru =)

    bau kedai lg nie.hehe

    jus tembikai ader ni.tapi sebelom sampai sabah bercampur ngn air laut lak nnti.hehe...so tgk gmbr la dlu eh?heee

    btol tu kak, mmg slalu la lupa nyer. insyaallah pasni istiqomah.

    adab nk suap tupai minum tu blom ader lagi kot. tp mungkin bleh suap die pakai botol susu kot.hehe

    saya publish jer dua2 komen kak umu nie.free jer pon.hehe

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam warohmatullah malaysian =p

    insyaallah azam istiqomah

    owh, trima kasih atas perkongsian itu =)

    ReplyDelete
  5. wslm kak aliaazuan
    hehe...tupai skrg dh moden kak =p

    ReplyDelete
  6. Semua makhluk pun makan dan minum.
    Lembu pun makan, orang kafir pun makan, syaitan pun makan.
    Tapi yang membezakan kita dengan mereka adalah sunnah.
    Ehehehe.

    So kalau nak tahu lagi kenalah kelar lagi dan lagi sampai kita tiada lagi.
    :D

    ReplyDelete
  7. Amalkan sunnah walaupun sekecil mana pun ia...
    kerana dgnnya pasti ade keberkatan...

    ReplyDelete
  8. tuan bijen m
    benar tu tuan.itu yg mmbezakan kita. bukannya die ader ekor kita xder ekor.huhu

    keluar khuruj lagi dan lagi dan bukan hanya keluar bekerja


    tuan hadi
    hanya dalam sunnah ader kejayaa. =)

    ReplyDelete
  9. saya pun nal try buat la...kat umah meme tok paka tutup kepala la zai..

    ReplyDelete
  10. untuk kak tie..

    try r buat kak ti. buat sekadar yang mampu.. insyaallah Allah bagi ganjaran dan tambah hidayat insyaallah =)

    buat ayu

    komen awk xkuar lak, men sorok2 lak die..hehe...insyaallah ayu sama2 kita amal

    ReplyDelete
  11. Salam 'alaik

    Islam ini syumul. semua benda ada diajar dalam Islam dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 perkara.

    wah, cutenya tupai tu. ramai manusia minum gaya dia

    ReplyDelete
  12. wslm tuan Al-mu'allim

    benar tu tuan. peraturan dan gaya hidup cara islam dan meliputi semua.

    cute kan? tapi ramai yg ikot die.nauzubillah

    ReplyDelete
  13. teringat time aku mula2 kuar dulu...

    aku rase aku lah org yg paling taajub bile mendengar adab2 dan kelebihan2 sunnah nabi saw.

    mcm bru islam je...huhu

    ReplyDelete
  14. hehe... btol tuu...

    rse cm best jer boleh jadi cm org yg ader tym nabi kn?

    ReplyDelete

awak best!!