‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’

Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Tuesday, April 26, 2011

saje jer nk cer



Assalamualikum dan selamat pagi kepada semua warga dunia..

untuk orang yang paham bahasa melayu sila baca.. if u cant read this then u have to learn more. hik3..

hari ini adalah penentuannya....
  eh, mne datang lak dia nih

































































 insyaallah saya akan cuba meninggal kan benda ini...



team baru yg nk race


 dan ini juga
ni team saya.. menang insyaallah.even saya takde..heee


 untuk benda ini....

biasa la pompuan... selagi tak penuh lagi tu nk sumbat

abaikan rupa paras ia


buat aper eh beg kartun matun nie...


haa...tungguuuu.....



Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai. (HR Tabrani dan Majma uz-Zawaidi)
moga Allah selesaikan urusan yang di tinggal kan sebagaimana Allah mengekalkn keadaan tamar yg sedang masak ranum ketika seruan jihad sampai kepada para sahabat r.hum dan selepas mereka kembali tamar itu masih dalam keadaan sama.. insyaallah...
belajar yakin.. nak yakin kena korban. 
kan? 

Monday, April 25, 2011

bila pening

aduh.. poning






dengan ini di umumkan saya amat lah tidak suka membuat keputusan

kerana

saya memang tidak pandai membuat keputusan


dan tidak reti membuat keputusan

dan tidak tahu mana yg lebih elok

okey.... sape ader pendapat?

ader tiga perkara yg memerlukan saya hadir dalam masa yang sama

1-------> pergi umah pocik akuhuduh utk ziarah die n nusrah jemaah masturat pakcik musa kola kedah    dan dapat meningkatkn iman insyaallah ( 29April - 1 Mei 2011)

2--------> menghadiri event wajib kolej ini    (30hb April)
                         ~ menjadi team advisor
                         ~ menjadi ajk utk event berkenaan

3---------> kawan den kawen 29hb April kat kota bharu.. tapi dia cakap dia ader jer kat umah sampai 3,4    hb Mei.. kalu tak mase raya la baru leh jumpa.. die semagat pos kad kawen sampai kat umah den kat pekan nie haa.




okey..


i need ur opinion please


tq

Sunday, April 17, 2011

bertemu dan berpisah kerana Allah....



masyaAllah.. masyaAllah... masyaAllah!

maha Suci Allah yang memegang segala percaturan dunia..
                         yang memegang hati-hati manusia..
                         yang mengurus percaturan siang dan malam,
                         yang menggerakkan seluruh mahluk ke seluruh pelusuk alam...
                        yang memilih hati manusia untuk diberi HIDAYATNYA yg amat mahal itu..

selepas beberapa kali merancang untuk berjumpa dengan geng2 blogger tidak kesampaian.. akhirnya kami bersua juga di majlis yg penuh barakah, majlis memperingati Allah.. mjlis yang menghapuskan seluruh dosa para pesertanya dan juga dosa ibu bapa peserta itu.. majlis taklim.

dengan pilihan Allah..saya telah berjumpa dengan ayu pada 16 dan 17hb April... siap tido same gitu..hehe.. jgn jeles yer anda semua..

sangat bermakna pertemuaan ini.. banyak yang kami muzakarahkan. banyak yang kami muhasabahkn. dan acara yang paling best adalah masak! ayu pandai masak upenyer..... beliau masak tomyan  dan sebagai dessert ayu masak puding jagung.



tomyam ayu sedap dan cantik macam ini la.. mungkin sedap lagi




walaupun simple tp puding jagung ayu sangat sodap
calon menantu yang bagus ni die ni.. (jual minyak jp)... puding jagung ayu sedap kan kak aliaazuan?heheh...

saya tumpang d istana ayu hari sabtu dan ahad. sangat pndai ayu ni ikram tetamu.. perut i tak penah kosong.. heee.... pagi ahad lebih kurang pukul 10pagi ktorg bertolak ke tempat taklim d puchong perdana bersama-sama dengan 2orang lagi sahabat yang juga baru saya kenal. Allah.. hebat Allah dengan usaha agama ini makin ramai sahabat baru saya. dan rapatnya macam dah lama kenal..

taklim stat pukul 11, kami sampai awal jadi sempat la plak berkenalan dengan tuan rumah...

Alhmdullilah... minggu nie ader bayan adhock bak kate kak aliaazuan.. ader jemaah dari indonesia transit ke Turki.. jadi kami terpilih untuk mengikuti bayan ini.. haa... before bayan, kak aliaazuan telah menggemparkan saya.hehe... pada awalnya saya dah dok usha mane satu la akak nie... tp tak sure la pulok.padahal akak dok depan saya jer.haha...kelakar tol... alhmdullilah... Allah telah temukan saya dengan kak aliaazuan juga... selama ni komen-komen kot cni jer.. Alhmdullilah Alhmdullilah Alhmdullilah....


bayan maulana Indonesia itu sangat menusuk kalbu, sangat saya terkesan dengannya.... mase bayan saya terdengat sok sek sok sek. bukan orang dok bercakap, tapi jemaah dok muhasabah diri.. dok menginsafkan diri.. dok menghinakan diri di depan Allah.... dok menangis mengenang nasib diri dan mengenang bape banyak masa yang telah berlalu dengan sia-sia.. Allah... hinanya diri ini...

"wanita ni, bila ada sorang lelaki tengok dia.. wanita itu akan mendapat dua dosa. klu 2orang laki tengok 4 dosa dapat, klu 3 laki tengok 6 dosa.. begitulah seterusnya.."

Allah....larat ke kita nak menanggung dosa itu setiap hari? baru tengok. kalu bercakap2? kalu bergelak ketawa? nauzubillah...

penglibatan wanita dalam usaha menyebarkan agama amat sangat penting.
isteri maulana mohd yusuf rahmatullahialaih(klu tak silap saya) pada masa sakaratulmaut dia ingin berjumpa dengan suaminya buat kali terakhir.. hanya untuk sesat jer.. tapi masa tu maulana tengah bayan. dan maulana cakap dia nk abiskan bayan setengah jam lagi.. bila mendengarkan hal itu isteri maulana cakap "aku rela berkorban sesaat itu tadi kepada umat, supaya agama dapat disebarkan ke seluruh umat manusia" Allah....
isteri maulan berkorban untuk berjumpa dengan suaminya buat kali terakhir demi untuk umat.. dan dia yakin akan pertemuaan di akhirat nanti.. Allah.... kita boleh ker buat macam tu? besar sungguh pengorbanan wanita yang betol2 paham agama.

wanita ini lah unsur yang paling penting... wanita fitnah terbesar dan wanita juga pendorong terbesar kearah kebangkitan ummat..  kita pilih mana yang kita mahu. syurga atau neraka. jika syurga

ADAKAH PERANAN YANG KITA MAINKN SEKARANG MENUJU KE SYURGA?

ADAKAH KITA MENGAJAK ORANG-ORANG SEKELILING KITA MENUJU KE SYURGA?

ADAKAH CARA HIDUP KITA SEKARANG MEMBAWA KITA KE SYURGA?

atau impian kita ke Jannah hanya semata-mata target sambilan d samping kerjaya yang lagi penting..

emosional la plak


dan..kita hnya perlu korban sekurang-kurangnya 1/10 jer daripada masa kita untuk agama.

              1/10 daripada 24jam  hanya 2setengah jam ( tak leh cakap 2jam setengah, bunyi banyak)
              1/10 daripada 30hari  hanya 3 hari
              1/10 daripada 365hari hanya 40 hari

dah 30 tahun suami dok sama-sama berkepit ngn kita tak kan la tak leh bagi masa-masa sikit untuk berjauhan. bukannya untuk sapa..untuk kebagian kita jugak.. untuk syurga kita jugak... untuk umat manusia jugak.. (kita tu sape?)


banyak yang di sampaikan maulana indon itu.. ralat plak tak rekod.. lepas bayan ader tashkil tulis nama mahram kita azam untuk keluar khuruj, saya tulis nama abang saya, moga Allah pilih dia untuk buat usaha Nabi s.a.w ini.. insyaallah..

kawan-kawan yang rasa nak ikot saya dengar nasihat agama untuk kepentingan dunia dan akhirat..untuk KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT.. boleh la helo i..  i sedia jer nak bawak u gi sana. heee... tp wanita jer la..



jadi... moga Allah sentiasa pilih kita untuk sentiasa ada bersama orang beriman dan yang selalu mengingatkan kita kepada akhirat.

sedih pula nak berpisah dengan kak aliaazuan dan ayu... moga Allah temukan kami lagi.. terima kasih ayu dan kak aliaazuan dengan ikram anda dan ilmu yang d kongsi.. saya sangat hargai nya...


isk isk isk :'(



tata






Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang muslim menziarahi saudaranya yang sedang sakit, atau mengunjungi saudara muslim semata-mata kerana Allah, maka seorang malaikat berkata: Engkau dirahmati dan langkah-langkahmu diberkati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga. (HR Tirmizi)

Wednesday, April 13, 2011

putus asa? marah? tak redha? mEH singgah cni meh




Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia sia..

Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..

Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja..

Allah sedang menunggu bersama samamu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu..

Allah senantiasa berada disampingmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu..

Allah senantiasa berada disampingmu.

Ketika kau fikir kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..

Allah mempunyai jawabannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan..

Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba tiba kau dapat melihat jejak jejak harapan..

sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..

Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban..

Allah akan tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..

Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Oleh itu ingatlah.. dimana pun kau berada..

Allah akan mengetahui dan senantiasa berada disampingmu..

ALLAH MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENGETAHUI....






Thursday, April 7, 2011

Solat Dhuha – Murahkan rezeki, menolak kepapaan








Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.

Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “

Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:
                     Cara1          Cara2       Cara3
Rakaat 1 Al-Syamsy     Al Dhuha    Al-Kursi 7X
Rakaat 2 Al-Laiil         An Nasr      Al-Iklas 11X

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”








semoga kita dapat amal dan sampaikan insyaallah =)