‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Wednesday, September 22, 2010

Untuk mu wAhai isTeriku....[Surat Dari Suami Yang Keluar Di Jalan Allah (1)]


 Perkongsian dari buku yang dikarang oleh Abu Aviroh Anisah dan Abu Navisah...

Buku ini adalah surat untuk isteri saya, tetapi kerana isinya tak ada yang bersifat rahsia dan mengandungi nasihat yang di ambil dari pesan masturat, maka saya rasa para wanita umumnyer boleh membaca dan mengambil hal-hal yang positif.

Kita faham bahawa target tarbiyah masturat adalah menjadikan Daieyah, Murobiyah, Khodimah, Abidah dan Alimah.

Jadi buku ini cuma sekadar mengingatkan hal tersebut jika ader kekurangan mohon dimaafkan sahaja.


Pengarang:
Lahore 25 Julai 2006

**********************************************************************

Hari ini aku pergi....
Meninggalkan kamu,
Meninggalkan anak-anak kita,
Meninggalkan rumah kita yang penuh ketenangan.

Hari ini aku pergi...
Kerana perintah Dzat
Yang telah menancapkan getaran di hatiku
Ketika aku menatapmu...
Disaat malam pertama kita.

Hari ini aku pergi...
Untuk menyenangkan hati
Seseorang yang telah korbankan
Seluruh hidupnya
Untuk kebahagian kita hari ini
Sehingga kamu dan aku berjumpa
Dalam keadaan islam.

Hari ini aku pergi...
Untuk menghapuskan luka
Sayyidul Ambiya Muhammad SAW
Kerana lautan maksiat
Yang telah dibuat...
Oleh orang yang mengaku sebagai umatnya.

Jadi... Wahai isteriku!!
Aku pergi tinggalkan kamu
Untuk datang kepada Dzat
Yang memiliki hati kamu
Hingga bersemi cinta diantara kita

Aku pergi tinggalkan kamu....
Bukan kerana aku tak menyayangimu
Tetapi ada mata yang tak pernah mengantuk
Mengawasi cinta kita
Ada tangan yang akan pukul kita,
Ketika cinta kita melebihi cinta kepada-Nya.

Jika esok....
Ketika kau terbangun dari tidurmu
Kau tak dapati aku di sisimu
Maka....
Cepatlah bertasbih!!!
Alhamdullilah....

Kenapa?
Bukankah Ummul Mu'minin Aisyah r.ha
Ketika merasa senang...
Ketika hidup bersama kekasih Allah SWT
Maka Rasul SAW sabdakan:
"Bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar di Jalan Allah SWT
Kerana....
Dia bukan hidup dengan kekasih-Nya Allah SWT
Tetapi hidup bersama Allah SWT!!"
 Jika esok...
Ketika melihat kamar kita sepi,
Tak ada canda ceria seperti sebelumnya
Maka...
Bayangkan olehmu
Bagaimana rumah sahabiyah!!
Suami mereka selalu pergi membawa pedang
Terkadang tak ada khabar
Yang ada hanya kubur...
Tetapi...
Mereka tetap katakan:
 Biarlah rumah kami sepi,
Asalkan rumah-rumah di seluruh alam
Penuh dengan Nur Iman

Jika esok....
Tak ada tangan 
Yang memberi suapan ketika kau makan
Seperti yang biasa ku lakukan padamu
Yakinlah wahai isteriku!!
Allah SWT akan memberi suapan kepadamu
Hidangan yang memiliki 70 rasa di Jannah
Yang tak akan jadi kotoran yang jijik
Bahkan...
Mengeluarkan keringat melebihi kasturi.

Ketahuilah isteriku!!
Bahawa makanan di dunia
Mengadungi racun yang jadi penyakit
Jika tak buang hajat.

Jika esok....
Musibah, ujian dan sejuta masalah
Datang dalam kehidupanmu tanpa aku
Lihatlah kepada hatimu!!
Kemana kamu berlari?
Saat itu Allah SWT ingin lihat iman kamu
Yang hari-hari bergantung kepada aku.

Segerakanlah kamu berwuduk,
Dirikan solat...!!
Adukan urusanmu kepada Robbmu
Kau akan bahagia di dunia yang sementara
Dan akhirat yang selamanya.

Jika saat itu..
Kau cari pertolongan dengan kebendaan 
Itulah kegagalan dalam hidupmu
Kau akan menderita selamanya
Ketahuilah!!
Masalah selesai atau tidak, itu bukanlah maksud
Tetapi Ta'luq kepada Allah SWT
Itulah suatu kejayaan yang besar.

Isteri ku!!
Jangan tipu Allah SWT!!
Kau meminta dengan Iyya ka Na'budu wa Iyya ka Nasta'in
Sementara kau menyakini 
Bahawa kejayaan
Dalam mengumpulkan benda-benda.
Janganlah terpengaruh dengan keadaan dunia
Allah SWT beri dunia ini kepada orang yang dicintai
Dan juga kepada yang dibenci

Di dalam kesenangannya ader kesusahan
Dan kesudahan dari penderitaannya
Adalah kebahagian

Sehingga senang dan susah kamu
Tetaplah mentaati Allah





bersambung.....


-
-
-


11 comments:

  1. Salam...

    Sedih...

    Baru2 ni ada masturat sini suami dia kuar 4b. Skrg dh blk. Alhamdulillah stiap mggu akak dpt luangkan msa gi ziarah dia, bgi smngat.., lagipun dia baru nk jinak2 dgn usaha agama. Stiap bln suami dia ada hntr surat, dan dia bg akak baca. Dia n anak2 menangis kuar airmata baca karkuzari,nasihat serta harapan drp suami/ayah mereka. Bila akak baca, lagi la menangis smpai bengkak2 mata...

    Smoga Allah terima pengorbanan para suami & kita smua..amin.

    ReplyDelete
  2. wslm...
    sedih kak kn. ni br cket dr dlm buku tu..

    tp Allah bg ganjaran hebat kn?

    hmm.. klu sy yg baca lg la menangis tak berlagu.huhu...
    insyaallah.. moga Allah trima mujahadah sumer.. amin...

    ReplyDelete
  3. salam...
    amin ...allah menjanjikan yang terbaik untuk hambanya...mungkin kita bersedih hari ini...tapi kita akan bergembira pada hari esok.

    ReplyDelete
  4. ceh.. itu pun nak nangis apa raaa..
    kuar umah tanpa mahram tak nangis pun....huhuhu

    ReplyDelete
  5. buat ayu
    wslm.. benar tu.. Allah bg kegembiraan yg tak terhingga untuk hari esok.

    untuk pkcik:
    nangis gk. ble habuk masuk mata =p

    ReplyDelete
  6. betul la zai...ayu nak menjadi semakin tabah...:)

    ReplyDelete
  7. salam,
    hmmm mmg masa nk lepaskan tu menangis...lg2 la masa mula2...dh la br kawin...br nk belajar bercinta..hikhikhik..tp Alhamdulillah sikit2 Allah bg faham...& the hikmah is..bila kiter kena tggal, kta akn tmbah rindu..rs syg sgt dgn suami kita...n bila dia balik, hmmm Ya Allah...xtergmbar kegumbiraannyaa...hihihihi...akk tgh tggu suami akk balik mlm ni, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)

    ReplyDelete
  9. Aslmkm Wbt.

    Saya tumpang menjemput disini ye zai.

    Dengan penuh rasa kesyukuran kami mengundang tuan/puan/cik sekeluarga untuk ke Majlis Walimah kami, Ishak & Umu 18 & 26 Dis 2010. Bertempat di Gemas N9 dan Lachang Pahang. Mohon doakan kami juga. Jemput datang ye. Jazakumullah.

    ReplyDelete
  10. buat cikgu sue..
    mesti best kn kak ble husband dh blk. insyaallah kita jadi pendorong mereka..

    utk ank pendang sekeluarga:
    saya baca dh blog anda =)

    buat ustaz ishak:
    alhmdullillah...tp yg pasal g majlis tu xth lagi. jauh ...insyallah klu Allah izin. moga kalian jadi penyambung dakwah fillah =)

    ReplyDelete
  11. salam.

    entry ini mengingatkan saya yang dulu saya ada beli surat ni kat sp. tapi dah hilang. ingat nak simpan utk zaujah...huhu

    takpe. nanti beli lagi. isk3

    ReplyDelete

awak best!!