‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Monday, July 30, 2012

this is my last day working in ICAM, in pahang

assalamualaikum...

hari ini adalah pengakhiran hidup di pekan, pahang ini..
hari ini saya akan berpindah ke subang.. berpindah duduk sama-sama ngn suami..

meninggal kan segala kenangan di sini.. kenangan bersama kawa-kawan.. bersama housmate.. bersama-sama students dan kenangan bekerja dengan satu institusi yang best.

lepas  ni dah tak jumpa dan kot kolej macam nie.. wuwuuwu..

sedih r arini.. kawan-kawan sume best2..

moga penghijrahan ke bandaraya kl memberi kebaikan kepada saya dan keluarga yang baru d bina.

we dont know what Allah already plan for us. kan?

harini siap kan file.. hantar barang-barang kepunyaan company g bermaaf-maafan.. dah nk raya nie kan...

if i have a chance. i wont do this decision. but Allah know best. believe in HIM. semua yang terjadi dulu dan sekarang dan selepas ini adalah dengan perancangan Allah. takde satu pon yg kita rancang.. ape yang kita dok plan untuk hidup kita tu pon Allah dan tetapkan.

moga Allah mengambil kira pengorbanan saya yang saya rasa besar ini dan mungkin kecil bagi Allah..

rezeki ada d mana-mana.. kan?

YAKIN!!


Monday, June 25, 2012

dah kawen dah.. hooyeh!!

Assalamualaikum....

kami dah kawen!
Alhmdullilah... selamat sudah menjadi isteri orang pada 1 June 2012... name blog pon dah d tukar... dah jumpa dah spe pengganti tettttt tu.hehe...

terima kasih kak aliaazuan sudi datang walimah saya kt subang =)

Alhmdullilah... semua berjalan lancar sepanjang majlis kt kelantan dah kt subang...

Alhmdullilah Allah cukup kan semua.. lauk-pauk time kenduri pon sedap..sedap sangat sampai kan pengntin tambah-tambah. keh3.. tu pon benti sebab macik panggil. kalu tak, mau nye menyantap lagi dengan berselera.macam makan kt dapor jer rase. (kepada bakal pengantin, jangan tiru aksi ini)

selepas kenduri, ktorg jalan-jalan umah sdare mara.. banyak tol encik pengantin lelaki dapat kain pelikat (kebiasaan orang kelantan, klu pengntin ziarah umah sdare mara akan dapat buah tangan, biasanya kain pelikat atau kain pasang). tak sempat sangat nak jalan-jalan makan angin. round umah sdare mara jer dlu.

lepas round sdare mara kt kB sambung lak sedara mara umah husband kt melaka. best gk g masuk kampung kt melaka nh.. cantik-cantik kawasan die.. tp kejap jer sempat pegi sne.. kne balik key el dah.. kenduri umah husband lak.

lepas tu kne balik pekan dah.. kena ulang balik rutin boring bangunpagi gi kje, balik tido.

tapi... kehidupan pas kawen nie best.... Allah bagi lengkap.. rasa penuh jer d jiwa. (amboiii ayat....)

so cepat2 kawen yer sume.. hehe..

insyaallah sebelum raya nie saya pindah dok subang.. dok ngan husband.. jadi isteri peneman setia suami. moga Allah mudah kan semua.. moga Allah murah kan rezeki.. moga Allah berkati pernikahan dua insan lemah ini..

sekian, melaporkan.


Monday, May 14, 2012

counting the days

Assalamualaikum....

ijtimak dah dekat kan?

ijtimak kl lagi beberapa hari jer..

moga semua pengorbanan karkun-karkun dan karkunah-karkunah Allah balas dengan syurga tertinggi di hari bahagia nnti. insyaallah... amin..

saya punya walimah pon dah dekat.uhu... tak tahu nak rase ape (kne rasa ape sepatotnya?)
btol ker niee? cepat nyeee

ijtimak kelatan 31hb mei hingga 2hb jun. saya punya walimah plak 1jun. bertindan la plak. moga ader khir d ctu. amin..

rasa nya preparation dan ok kot insyaallah.. tp secara mental nya dah sedia ker?

dah sedia ker saya nk terima takaza agama? (btol ker ayt nie)

dah sedia ke nk jadi sayap kiri

dah sedia ke nk jadi isteri solehah?

 dah sedia ker nk tinggal sume dunia yg saya lalui sekarang?

susah jgk kan kawen?

amik PHD lagi senang dari kahwin. ye kee....?

eh, ni dah negatif plak.

lepas kahwin insyaallah hati makin tenang... makin senang nak amal agama.. ader penyokong dan kita pon bleh jadi pemangkin semangat. sama-sama tambah share akhirat.

ceewaahh! ayat tak leh blah.

mohon kalian doakan kelancaran majlis saya, sebelum ...semasa.. dan selepas majlis nnti. yang penting nya lepas majlis tu.. ayak! guano la kehidupan lepas tu ek?


jemput la datang yer sape yang ader berhampiran waktu tu. ni invitation nya =)




Monday, April 23, 2012

Undangan khas buat blogger :)

 Cak!! lama kan uols sume tak tengok blog i nie.. rindu x?hehe.... ader citer terbaru nh.




Alhmdullillah...

Dengan limpah rahmat Nya dan rezeki yang d kurniakan
kami sekeluarga akan mengadakan satu majlis ukhwah menyatukan dua hati antara

Ahlia teetttt & teeettt..

pada
1 JUNE 2012 
bersamaan 11 Rejab 1433H (Jumaat)

bertempat di

PT 528, Jln KK 2/3, Persiaran KK 2,
Bandar Baru Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan.


Alhmdullilah...

Allah telah mengurniakan satu nama untuk mengisi kekosongan nama teeetttt kat blog saya nie..

jadi dengan ini saya menjemput rakan-rakan blogger untuk datang menambah berkat di majlis saya ini. yang jauh yang dekat jangan lupa datang eh. bila lagi kita nk berjumpa kan...

buat

 ayu +suami+baby dalam peyut 

kak umu+ustaz ishak+kak long

kak aliaazuan+suami+baby sumayyah

 pqa+suami+baby fateh, 

tuan fuad+isteri+baby,

 tuan egghead++

encik notasiku++

 jimi ygdahkantoi ++ 

pacik musa kola kedah+isteri,

mard++  
kak norsha+suami+anak-anak

anis yg akan kahwin 2hb6 nnti+bakal suami

ein+bezit

k.ida+abg azmi+baby dlm peyut

dan semua rakan-rakan blogger dan sape-sape yang baca post nii

kalau korang sume datang amat lah saya terharu.. nnti boleh makan tambah-tambah =)

sila la datang yer...

andai ada yang nak kad yang boleh d pegang, tinggal kan alamat kat comment box kt bawah ni yer...

doa kalian semua amat saya harap kan :)



pak kepak kepak kebom kebom kebom....!! (bunyi kompang daaa...)

Monday, October 17, 2011

sayang.. bahagiakah kita?



Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” 
(Surah al-Ra’d 13: 28)


Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.

”Bang, bahagiakah kita?”

Masih terngiang-ngiang pertanyaannya lewat bual kami menjelang tidur.

”Bahagia itu di mana?” tanya saya semula.

Dia diam. Matanya redup bagai kerlipan lampu kamar tidur kami.

“Terlalu banyak yang kita telah lalui bersama. Tak sedar dah lebih 20 tahun kita bersama,” kata saya.

Pertanyaannya terus ternganga. Saya pasti dia tidak memerlukan jawapan. Kekadang, soalan dan luahan… sukar dibezakan.

Dalam suram wajahnya saya renung. Mata kami bertembung. Tidak ada bicara, namun rasa dalam rentetan pelbagai peristiwa begitu laju menerpa. Satu demi satu. Masih harum rasanya kenangan malam itu. Waktu kali pertama tangan kami bersatu. Jari-jarinya berinai merah. Seri wajahnya seakan purnama menghiasi kamar pengantin. Tapi sekarang… jari-jari itu tidak sehalus dan semulus dulu. Telah banyak diguris kesusahan, sudah sering diguris keperitan. Pun seri wajahnya, retak juga dipagut usia.

Masih saya ingat kata-kata malam pertama kami…

”Apa perasaan mu?”

Dia senyum.

”Saya bahagia.”

”Hari ni boleh jadi bahagia… tapi insya-Allah kita masih ada ribuan hari lagi yang akan dilalui bersama. Berdoalah, seperti mana muqaddimahnya, begitulah nanti natijahnya….” kata saya seakan berbisik. Senyum kami menguntum. Oh, alangkah indahnya ketenangan yang dia berikan. Tetapi akhirnya ’mentari’ kehidupan pun menyala petanda ’bulan’ bermadu telah berakhir. Hidup tidak selalu indah kerana di situlah keindahan hidup.

Dan hari demi hari terus berlalu. Musim pantas mencantas waktu bagai embun dijilat surya. Putera dan puteri kami menyusul seorang demi seorang. Tribulasi datang dan pergi. Berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Roda kehidupan berputar laju. Kekadang di atas, sering juga di bawah. Ada ketikanya, senyum, suka dan ceria. Acapkali juga ada muram, duka dan air mata. Anehnya, dia terus bersama saya. Kadang tegurannya tajam, menikam… saya pedih. Namun, jauh di sudut hati, terbujuk juga – itu kerana sayang. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan… mujur hati sering diingatkan – dia adalah ’hadiah’ Tuhan untuk saya. Masakan hadiah lebih besar daripada Pemberinya?

Kekadang kolek rumah-tangga gegar dipukul gelombang. Untunglah, kesabaran masih mampu bertahan… pelayaranpun diteruskan.

”Bahagiakah kita?”

Soalan itu kembali mengusik rasa.

”Di mana bahagia itu?”

”Di hujung atau di pangkalnya?”

Lalu saya temukan jawapannya…

”Bahagia itu bukan di pangkal jalan, bukan juga di hujung jalan… tetapi ia ada di sepanjang jalan.”

”Bahagia itu apa?”

Sekali lagi saya terhenyak ke penjuru jiwa. Mencari kata untuk menggambarkan rasa. Mampukah?

”Bahagia itu ketenangan!” kata ulama yang arif tentang wahyu dan sabda.

”Ketenangan itu apa?”

”Hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Susah mahupun senang, miskin ataupun kaya, sihat mahupun sakit, pujian dan kejian… sama sahaja.”

”Bagaimana hendak memiliki hati semacam itu?”

”Ingat Allah… hati akan menjadi tenang.”

Bertalu-talu monolog diri itu menerjah kamar hati. Apa yang diketahui, apa yang dirasa, apa yang dilihat, apa yang dibaca sekian lama… terburai semuanya di malam ini – ditusuk sebuah pertanyaan: ’Bang, bahagiakah kita?”

”Tanpa Tuhan, tiada ketenangan. Tanpa ketenangan, tiada kebahagiaan.”

”Isteriku, kebahagiaan itu terlalu maknawi. Tapi ketenangan itu dapat dirasai. Jika kau tanyakan, bahagiakah kita? Ertinya, kau tanyakan tentang ketenangan kita. Dan jika kau tanyakan tentang ketenangan kita… kau sebenarnya bertanyakan sejauh mana kita ingatkan DIA – Tuhan kita!”

”Bang apakah aku telah dapat memberikanmu satu ketenangan?”

”Jangan tanyakan itu, sebaliknya tepuk dada tanya dirimu… apakah aku telah tenang?”

”Kenapa?”

”Hanya orang yang tenang sahaja dapat memberi ketenangan…”

”Ah, semakin sukar pula mencari jawapan… semakin diselam, semakin dalam.”

Malam kian larut di kolam buana. Mata saya kembali merenung wajah isteri. Dia yang tidak pernah meninggalkan saya ketika apapun jua. Ketika orang memuji, dia mengingatkan. Ketika orang mengeji, dia menggiatkan. Bagi saya itulah ketenangan yang dihadiahkannya… Walaupun mungkin itu hanya serpihan dari hakikat ketenangan yang hakiki. Namun itupun sudah memadai. Monolog hati saya terus bergema:

”Isteriku, apakah perjalanan kita ini masih panjang ataupun pendek… entahlah, aku tidak pasti. Namun, selagi antara kau dan aku masih ada DIA – Tuhan kita. Selama itulah kita akan tenang. Jika kau ingat, kaulah sumber ketenanganku. Jika aku ingat, akulah sumber ketenanganmu. Jika kita sama-sama mengingati-Nya, maka bahagialah kita. Sebaliknya, jika kita sama-sama lupa… musnahlah kita.”

Lalu dalam suram kamar yang sederhana… saya sentuh tangannya. Walaupun tidak halus dan mulus seperti dulu, tapi sentuhan itu membelai hati saya. Kali ini bukan rasa tahap rendah yang membara. Tapi rasa tahap tinggi yang menyala-nyala. Isteriku… kita bahagia!

Perlahan-lahan, saya bangun, bergerak ke meja tulis. Sebuah sajak yang saya hasilkan sewaktu berjauhan dahulu saya keluarkan dari lipatan buku catatan peribadi. Terasa kesal juga tidak kirimkan kepadanya. Akibatnya, sajak ”Jauh itu dekat” tidak pernah dibacanya. Saya baca kembali baitnya satu persatu:

Kembali kita berjauhan…

salam terpisah, senyum tertahan

rindu berbuah, sayang merendang

jauh-jauh begini…

menguji percintaan

Suaramu telus di langit kelabu

setiamu selimut dingin hujanku

arca bayang-bayang malam

sinar remang-remang siang

melukis setiamu di awan gemawan

Terpisah semakin indah

kian terlarut keruhan rasa

terimbau semula nostalgia lama

jari-jari merahmu…

di malam pertama

Sayang… Jauh itu DEKAT!



cilok idea dari cni

Friday, October 7, 2011

eh

mengantuk nya saya......................



ingt nie fb ker nk kne wat status?

Monday, September 26, 2011

meh kita istiqomah 7 sunnah Rasullullah ini

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
 

Wednesday, September 7, 2011

ehmmmmm




aku tidak seperti hari itu






tapi aku tidak mahu kembali seperti dulu






Ya Allah... pandang lah aku kembali







pilih lah aku






kutip lah aku kembali