‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Tuesday, February 8, 2011

wanita penghuni syurga ker?









selama ini kupikirkan




wanita banyak kelebihannya....




banyak ganjarannya




walaupun tidak berbuat apa-apa





"Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda ,: Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."









"Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan."




"Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah."





"Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya."





"Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan."





"Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga 
 pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.  Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi. " 






sekadar merenung suami pon kita dah dapat pahala memerdekakan hamba


tapi Nabi ku terchenta telah bersabda.. kaum wanita paling ramai menghuni NERAKA....



iye....



neraka yang sangat amat panas itu, 




yang mana azab neraka  yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang otak mendidih.. 



neraka yang tiada penghujung....


neraka yang menjanjikan kepedihan, penderitaan, penyesalan yang tiada penghujung... yang sampai bila-bila.... sampai bila-bila yang kita tak leh imagine bila tu bape lame


takot....




takot sangat-sangat....




kenapa ini terjadi....??





nauzubillah...



ya Allah.... pilih kami... pilih kami... pilih kami.... untuk jadi ahli jannah Mu yang kekal bahagia selama-lamanya....




10 comments:

  1. salam,mashaallah,untung siapa insan yg bergelar wanita,
    banyak fadhilat Allah akan beri kpd mereka...

    p/s:Jemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan tuan blog ini artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. BENAR TU TUAN...

    INSYAALLAH NNTI SY AKAN BERTANDANG =)

    ReplyDelete
  4. Salam kakngah.
    Ke ke ke.

    Wanita senang masuk syurga.
    Tapi paling ramai masuk neraka.

    'Senang' tu bukan jaminan dapat masuk neraka.
    Tapi 'paling ramai' tu memang jaminan masuk neraka.
    Nauzubillah.

    ReplyDelete
  5. Salam.

    subhanallah..byk klbihan jd wanita ni. Nak dpt pahala senang, nak dpt dosa pun senang..sama2 bringat.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum wbt..

    Subhanallah..Semoga ALLAh sentiasa menjaga iman kita , meneguhkan hati kita, tetap di jalanNya mengikuti jejak RasulNya, sehingga kita bisa masuk ke dalam syurga ALLAh yang penuh nikmat, kekal abadi selama-lamanya....

    Alhamdulillah perkongsian yg bermanfaat, syukran.

    p/s: Nanti z@i tukarkan link Indahnya Kemanisan Iman kepada link Rahmat dan Hidayah ALLAH ye, khusus untuk rakan blog..insya'ALLAH

    ReplyDelete
  7. salam semua sekali,
    *(,^.^,)*
    Beruntung kita jadi wanita..
    kerana kita selalu disayangi dan dimanjakan...
    malah,kejadian kita pun Allah manjakan...dtg dari rusuk "Adam" msing2.....
    dlm keluarga pun,insyaAllah kita dilebihkn dan dimanjakan.....
    Semoga kasih syg Allah kpd zai dan kita semua akn mengiringi kita semua ke pintu syurga firdaus..
    Amin Ya Rabb...(",)cpt Amin kan zai...hihi

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam semua...


    wanita senang masuk syurga kan?

    sama-sama kita berusaha ke sana..

    Allah dah bagi tiket, kita jer yg pilih kn?

    ReplyDelete
  9. benar... Allah bagi kita banyak petunjuk... cuma kita perlu pikirkan... pikir,faham dan buat... sebelum Allah ambil kita dari dunia yang hanya senda gurau ni.. isk isk

    ReplyDelete
  10. utk wafi:

    terima kasih sudi berkunjung :)

    fikir, faham dan buat kn? sgt btol tu

    klu xbuat xjadi gk.. mungkin sbb tu kot rmai jadi ahli neraka... adoi

    ReplyDelete

awak best!!