‘Jagalah ALLAh, Allah pasti menjagamu!’


Trima KaSeH Sumer... (^.^)

Friday, October 30, 2009

kat atas katil wat bnder nie syok beb..

xperlu ader bilik khas nk wat bnder nie..
kt mne2 jer..kt dapur ke, atas kusi ke, bawah meja ker..sume boleh.
tp xleh r tnjuk2,kang ape lak kat org kan. diam2 sudey r..
hmm..mmg syok gler r.. cm2 gaya bleh wat. korng try r..mmg best gler wa ckp lu..
fuh! syok2...
aku xth lak mcm ni syok wat kje nie atas katil.kadang2 penah gk wat. tym baring..malam2..
dh syok dh.ingtkn siang2 xsyok.upe2nyer syok gak beb.. fuh! mcm2 style weh. ko nk meniarap ke, telentang ker..sume bleh.asl kn ader 2 'bnder' tu jer. ko xyh nk g jauh2, xyah jalan..
hmm..ape g ek nk ce psl bnder nie.. hmm...aku rse korang pon penah kot wat bnder ni atas katil kn..nth2 lg kerap dr aku...xyh tpu la.. eh, senyum2 lak.. btol r tu.keh3.. xpe2 jgn gtau org.rhsia kte berdua jer.huhu.. kadang2 rse penat gk badan. kadang2 smpai ttdo.yela..penat mntel fzkl kan.. kuang3..
tp nsb baik gk r ader 2 'bnder' nie..idop ku makin berwarna warni..xder la aku keseorangn jer d kala kesunyian.ader gk a xtvt.. even ianya xbpe nk berfaedah =p
mmg syok bnder nie.. u shud try it.

hmm..smbil baring golek2 atas katil aku bleh tgk account aku,smbil telentang aku bleh bayau bil, bleh bayau utang, bleh tgk maklumat semasa..bleh fb, bleh chatting free..

haaaa..korang pk ape.. ee..dirthy minded r korang nie.. aku pnyer la suci nk ckp pasal kemudahan masakini yg kita kecapi stelah merdeka nie.. korg ingt aku ni beroatak 'biru' ker?haha.. korg th x ape bnder yg 2 'bnder' tu? pertamanya adalah lptop, pc xleh kang berkecai katil korang..bkn dildo tau.haha.. n the 2nd thng is brdband/strymx/ etc.. bknnyer tgn korang.haha..

teknologi skrg dh makin maju. myb jp ag smbl mndi pon boleh tukar bathroom g blk air org lain.huhu ~

Thursday, October 29, 2009

usia mematangkan

hai world..!!
today is my besday.. =)
nothing special.. just me n another older me.huhu
my sweet friends sent wishes to me from last nyt until today.. thx buddies.
hmm..tp still missing smthg.. im waiting for abroad call.. from Padang.. where r u?
u didnt remmber my besday?hmm.. i know u do.. but.. where r u?
lmbt lg ker nk balik..?? nk tuntut adiah. ske xder klu besday aku. but if he's here, he got the sweetest wish ever.muax! =>

im waiting..

Monday, October 26, 2009

Kau tetap memberi

walaupun aku buat dosa
Kau beri aku rezeki

walaupun aku lewatkan sembahyang
Kau kurniakn aku tawaran kje yg tidak putus2

walaupun aku tidak kyusuk solat
Kau beri aku makanan

walaupun aku makin kurang membaca kitab suci Mu
Kau beri aku kasih sayang manusia

walaupun aku jarang sangat berzikir kepada Mu
Kau mudahkn urusan ku

Ya Allah..
sesungguhnya aku sangat dan amat bersyukur berada dalam rahmat islamMu..
syukurku tidak terhingga hanya kepadaMu..

Ya Allah...
aku bersyukur dengan segala2nya..
aku bersyukur dengan rezeki masa muda ku, aku bersyukur dengan kekuatan yg Kau kurniakn ini, aku bersyukur dengan rezeki kerja yg Kau limpahkn, aku bersyukur Kau kurniakn orang-orang di sekelilingku, aku bersyukur dengn kemudahan yg Kau berikan, aku bersykur dengan nikmat iman dan islam ini.

Ya Allah..
walaupun sesungguhya banyak perkara maksiat yg aku lakukan, byk perkara makruh yg aku jalankan, byk perkara yg shyubahah yg aku kerjakan, byk perkara was-was aku amalkn..jgn lah Kau tarik balik nikmat iman yg tidak seberapa ini Ya Allah.. sesungguhya Ya Allah aku hnya menumpang di alam fana milik mu ini Ya Allah... jgn lah juga Kau tarik nikmat iman dan hidayah dariku, emak ayah ku, abang2ku, isteri mereka, kakak2ku, suami mereka dan anak2 mereka serta rakan-rakan dan saudara semuslimku.. jgnlah Kau tarik hidayah yg amat berharga itu Ya Allah, walaupun dunia ini telah musnah...

Ya Allah..
sesugguhnya kami menumpang dan akan terus menumpang hingga selamanya..
ampunkn hamba Mu ini Ya Rabbal A'lamin..

aku sombong dengan...

aku sombong dengan Mu Ya Allah..

Kau kurniakan aku hidup br setiap pagi
rezeki baru setiap hari
haluan yg baru setiap saat
pilihan yg baru setiap masa
tp..
aku tetap sombong dengan Mu Ya Allah..

betapa sombongya aku,
aku kurang mengambil berat tentang suruhan dn perintahMu walhal
ianya hanyalah mengmbil masa sedikit dari waktu yg Kau telah kurniakan Ya Allah..
aku hanya lalai mengerjakan urusan dunia, hingga melewatkn waktu solat..
aku leka dengan manusia hingga terlupa ayat2 suci Mu,
aku tergoda dengan syaitan hingga melalaikn kusyukku di dalam solat..

Ya Allah..
sggh besar dosa ku pada mu..
sugguhpun aku sombong dengan Mu, tapi hatiku hanya untuk Mu..
diriku ini hanya bergantung spenuhnya kepada Mu..

Ya Allah.. hanya Engkau yg Maha Pemurah lg Maha Menyayangi hamba2 yg zalim dan ingkar seperti ku ini Ya Allah.
jgn lah Kau memalingkn mukaMu dariku. sesungguhnya aku amat menginginkan hidayah dan petunjukMu Ya Allah, aku memerlukannya, akan memerlukannya dan sentiasa memerlukannya..

Ya Allah, ampunilah hamba Mu ini.. amin..

Thursday, October 22, 2009

kawen awal??

kahwin awal??
Satu tuntutan,kewajipan,atau kelebihan??
Sudah menjadi adat bagi setengah mahasiswa al-azhar apabila selesainya imtihan(exam) maka persoalan ini akan tebenak dan lahir dalam pemikiran mereka..masing-masing hendak kahwin atau x tidak??
Enta tolong carikan akhwat untuk ana boleh??ana nak takdim akhwat la..?? Persoalan ini mula timbul.kalo x kawin umur makin lanjut..kalau kahwin takut beban dan tidak mampu tapi bahaya juga..yela aku dah orang agama(dlm bidang agama) kena jaga benda2 macam ini.ujian bagi orang agama kuat..seperti contoh2 perjuangan nabi2 dan ulama dahulu yg mana mperjuangkn agama sangup mengenepikan keduniaan semata-semata Agama Allah. sehingga ujiannya tlalu kuat sehinggalah mereka berjaya..hatta mereka meperjuangkn kalimah syahadah supaya bibir manusia dapat mlafazkanya..
Persoalannya sekarang adakah orang yg mperjuangkan agama Allah sekarang seperti mereka??sanggup mengikat perut ketika dimedan perang,beratur dan berebut hendak ke medan perang??jadi kita boleh melihat ini sebagai contoh dan semangat yang jitu bagi orang-orang yg mana mperjuangkn agama Allah supaya jangan takut dengan ugutan dan cacian.kerana Allah bsama dengan mereka yg mperjuangkan agama suci ini.
Berbalik pada perbincangan kita.Adakah berkahwin awal satu tuntutan pada masa sekarang?persoalannya sekarang adakah seseorang yang muda yang umur meningkat ke 20 tahun dan telah menpunyai couple atau tidak tapi mepunyai keinginan untuk berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.?Adakah dengan kahwin awal dapat menyelamatkan dari segala kejahatan(maksiat) kepada Allah?.
Cuba kita lihat perkahwinan itu sendiri ialah menghalalkan segala yg haram, Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat??
Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.
Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.
Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.
Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.
Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.
Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada
anak-anak remajanya itu:
"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, Insya
Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

Allah itu ader

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA.

APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA rAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
si LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''
''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.
''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Friday, October 9, 2009

Perbuatan zina bunuh rasa malu ->> Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru.”

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka. Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:



1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.



2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.



3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.



4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.



5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.



6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.



7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.



8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.



9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.



10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.



11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.



12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.



13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.



14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.



15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.



16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.