masyaAllah.. masyaAllah... masyaAllah!
maha Suci Allah yang memegang segala percaturan dunia..
yang memegang hati-hati manusia..
yang mengurus percaturan siang dan malam,
yang menggerakkan seluruh mahluk ke seluruh pelusuk alam...
yang memilih hati manusia untuk diberi HIDAYATNYA yg amat mahal itu..
selepas beberapa kali merancang untuk berjumpa dengan geng2 blogger tidak kesampaian.. akhirnya kami bersua juga di majlis yg penuh barakah, majlis memperingati Allah.. mjlis yang menghapuskan seluruh dosa para pesertanya dan juga dosa ibu bapa peserta itu.. majlis taklim.
dengan pilihan Allah..saya telah berjumpa dengan
ayu pada 16 dan 17hb April... siap tido same gitu..hehe.. jgn jeles yer anda semua..
sangat bermakna pertemuaan ini.. banyak yang kami muzakarahkan. banyak yang kami muhasabahkn. dan acara yang paling best adalah masak! ayu pandai masak upenyer..... beliau masak tomyan dan sebagai dessert ayu masak puding jagung.
|
tomyam ayu sedap dan cantik macam ini la.. mungkin sedap lagi |
|
|
|
|
|
|
walaupun simple tp puding jagung ayu sangat sodap |
calon menantu yang bagus ni die ni.. (jual minyak jp)... puding jagung ayu sedap kan
kak aliaazuan?heheh...
saya tumpang d istana ayu hari sabtu dan ahad. sangat pndai ayu ni ikram tetamu.. perut i tak penah kosong.. heee.... pagi ahad lebih kurang pukul 10pagi ktorg bertolak ke tempat taklim d puchong perdana bersama-sama dengan 2orang lagi sahabat yang juga baru saya kenal. Allah.. hebat Allah dengan usaha agama ini makin ramai sahabat baru saya. dan rapatnya macam dah lama kenal..
taklim stat pukul 11, kami sampai awal jadi sempat la plak berkenalan dengan tuan rumah...
Alhmdullilah... minggu nie ader bayan adhock bak kate kak aliaazuan.. ader jemaah dari indonesia transit ke Turki.. jadi kami terpilih untuk mengikuti bayan ini.. haa... before bayan, kak aliaazuan telah menggemparkan saya.hehe... pada awalnya saya dah dok usha mane satu la akak nie... tp tak sure la pulok.padahal akak dok depan saya jer.haha...kelakar tol... alhmdullilah... Allah telah temukan saya dengan kak aliaazuan juga... selama ni komen-komen kot cni jer.. Alhmdullilah Alhmdullilah Alhmdullilah....
bayan maulana Indonesia itu sangat menusuk kalbu, sangat saya terkesan dengannya.... mase bayan saya terdengat sok sek sok sek. bukan orang dok bercakap, tapi jemaah dok muhasabah diri.. dok menginsafkan diri.. dok menghinakan diri di depan Allah.... dok menangis mengenang nasib diri dan mengenang bape banyak masa yang telah berlalu dengan sia-sia.. Allah... hinanya diri ini...
"wanita ni, bila ada sorang lelaki tengok dia.. wanita itu akan mendapat dua dosa. klu 2orang laki tengok 4 dosa dapat, klu 3 laki tengok 6 dosa.. begitulah seterusnya.."
Allah....larat ke kita nak menanggung dosa itu setiap hari? baru tengok. kalu bercakap2? kalu bergelak ketawa? nauzubillah...
penglibatan wanita dalam usaha menyebarkan agama amat sangat penting.
isteri maulana mohd yusuf rahmatullahialaih(klu tak silap saya) pada masa sakaratulmaut dia ingin berjumpa dengan suaminya buat kali terakhir.. hanya untuk sesat jer.. tapi masa tu maulana tengah bayan. dan maulana cakap dia nk abiskan bayan setengah jam lagi.. bila mendengarkan hal itu isteri maulana cakap "aku rela berkorban sesaat itu tadi kepada umat, supaya agama dapat disebarkan ke seluruh umat manusia" Allah....
isteri maulan berkorban untuk berjumpa dengan suaminya buat kali terakhir demi untuk umat.. dan dia yakin akan pertemuaan di akhirat nanti.. Allah.... kita boleh ker buat macam tu? besar sungguh pengorbanan wanita yang betol2 paham agama.
wanita ini lah unsur yang paling penting... wanita fitnah terbesar dan wanita juga pendorong terbesar kearah kebangkitan ummat.. kita pilih mana yang kita mahu. syurga atau neraka. jika syurga
ADAKAH PERANAN YANG KITA MAINKN SEKARANG MENUJU KE SYURGA?
ADAKAH KITA MENGAJAK ORANG-ORANG SEKELILING KITA MENUJU KE SYURGA?
ADAKAH CARA HIDUP KITA SEKARANG MEMBAWA KITA KE SYURGA?
atau impian kita ke Jannah hanya semata-mata target sambilan d samping kerjaya yang lagi penting..
emosional la plak
dan..kita hnya perlu korban sekurang-kurangnya 1/10 jer daripada masa kita untuk agama.
1/10 daripada 24jam hanya 2setengah jam ( tak leh cakap 2jam setengah, bunyi banyak)
1/10 daripada 30hari hanya 3 hari
1/10 daripada 365hari hanya 40 hari
dah 30 tahun suami dok sama-sama berkepit ngn kita tak kan la tak leh bagi masa-masa sikit untuk berjauhan. bukannya untuk sapa..untuk kebagian kita jugak.. untuk syurga kita jugak... untuk umat manusia jugak.. (kita tu sape?)
banyak yang di sampaikan maulana indon itu.. ralat plak tak rekod.. lepas bayan ader tashkil tulis nama mahram kita azam untuk keluar khuruj, saya tulis nama abang saya, moga Allah pilih dia untuk buat usaha Nabi s.a.w ini.. insyaallah..
kawan-kawan yang rasa nak ikot saya dengar nasihat agama untuk kepentingan dunia dan akhirat..untuk KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT.. boleh la helo i.. i sedia jer nak bawak u gi sana. heee... tp wanita jer la..
jadi... moga Allah sentiasa pilih kita untuk sentiasa ada bersama orang beriman dan yang selalu mengingatkan kita kepada akhirat.
sedih pula nak berpisah dengan kak aliaazuan dan ayu... moga Allah temukan kami lagi.. terima kasih ayu dan kak aliaazuan dengan ikram anda dan ilmu yang d kongsi.. saya sangat hargai nya...
isk isk isk :'(
tata
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang muslim menziarahi saudaranya yang sedang sakit, atau mengunjungi saudara muslim semata-mata kerana Allah, maka seorang malaikat berkata: Engkau dirahmati dan langkah-langkahmu diberkati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga. (HR Tirmizi)